HALAMAN SANTAI

Sabtu, 13 September 2008

"Ini strategi kami" Shamsul

KL POS


KETUA Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, strategi menghantar wakil PKR ke Taiwan adalah bagi meneruskan agenda membentuk kerajaan yang baru seperti yang disasarkan.

"Ini adalah strategi Datuk Seri Anwar bagi merealisasikan matlamat bagi mencapai sasaran 16 September," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah beliau Pakatan Rakyat akan berusaha sedaya upaya mencapai target untuk mengambil alih pemerintahan negara seperti yang dirancangkan.

"(Tarikh) 16 September adalah target kita buat masa ini, jadi kita ada lagi masa untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar," katanya.

Tambah beliau sehingga kini peratusan keyakinannya untuk Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru adalah melebihi 50 peratus.

Bagaimanapun Shamsul berkata, jika tarikh itu tidak berjaya dicapai, adalah tidak salah jika ia dianjakkan ke satu tarikh baru seperti yang pernah disebut oleh Anwar iaitu pada 20 September.

"(Tarikh) 20 September genap 10 tahun gerakan reformasi sempena penahanan Anwar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kita sebenarnya tak hiraukan sangat mengenai tarikh. Tapi apa yang penting bagi kita, objektifnya ialah untuk membentuk kerajaan...bila masanya tak penting," katanya beliau.

Tiada ulasan: