HALAMAN SANTAI

Sabtu, 13 September 2008

LAWATAN ahli Parlimen BN KE TAIWAN BERAKHIR

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) yang ke Taiwan untuk mempelajari kemajuan bidang pertanian di sana mengakhiri lawatannya hari ini dan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dijangka berlepas balik dalam masa beberapa hari akan datang

Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, lawatan itu yang bermula Selasa lepas dan menambah: "Saya tidak pasti jika anggota Parlimen pulang esok.

"Hari ini, kita habiskan semua jadual lawatan rasmi. Sama ada mereka akan terus tinggal untuk beberapa hari akan datang atau pulang esok, terpulanglah kepada anggota Parlimen masing-masing," katanya ketika dihubungi di Taipei.

Beliau berkata, 52 anggota Parlimen menyertai lawatan itu yang sesetengahnya mengikuti kumpulan utama seramai 41 anggota Parlimen yang berlepas kemudian untuk lawatan tersebut.

Kata beliau, ramai juga yang memilih untuk mengikuti program tersebut.

Ditanya kenapa lawatan itu berakhir hari ini setelah laporan awal membayangkan bahawa ia diadakan sehingga Rabu ini, King Sing berkata, program awal belum sah lagi dan tertakluk kepada pengesahan.

"Saya telah menerangkan ini sebelum ini kepada media tetapi fakta penting ini tidak dilaporkan. Semasa kita berlepas, ada lagi butir-butir program itu belum dimuktamadkan. Kita nyatakan bahawa program itu dari Ahad lepas sehingga 19 Sept.
Ini dikaji semula kepada Ahad lepas sehingga Rabu ini tetapi program rasmi (sebenarnya) berakhir hari ini," tambah beliau.

Beliau berkata, sungguhpun program lawatan asal dirangka sehingga Rabu ini, sesetengah anggota Parlimen mahu tinggal beberapa hari lagi di Taiwan.

"Kita tidak halang mereka yang mahu tinggal beberapa hari lagi di sini. Lagipun mereka sendiri yang bayar," kata beliau yang juga anggota Parlimen Bintulu itu.

Walaupun program rasmi BNBBC berakhir hari ini, lima Anggota Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Ketua Publisitinya, Tian Chua, berlepas ke Taipei hari ini untuk cuba menemui anggota Parlimen BN dalam usaha memujuk mereka lompat parti.

1 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

Kenapa tergesa gesa sangat dikejar sampai ke Taiwan ?

sapa ada pertikai masalah ajak melompat ni salah ke tak dari segi syariat ?

Sapa yakin tak ada rasuah dalam hal ini ?

Rasuan boleh jadi dlm bentuk duit juga jawatan atau janji janji keuntungan duniawi.

Siapa yakin tiada dijanjikan Anwar dalam hal ini sebarang perkara di atas ?

Mujur Hj Hadi sudah mengendurkan sokongan dan sudah menggertak tidak akan sokong jika ramai MP Bukan Islam melompat masuk.Mesyuarat pun Hj Hadi tidak hadir semasa membincangkan jadual 'katak lompat' minggu lepas.

Kerana dia tahu bahaya Anwar jadi PM tetapi masalah sekarang PAS diancam perpecahan kerana wujud team Anwar ingin menjatuhkan Hj Hadi digelar Team Erdogan. Sudah ada pihak mempertikaikan ulama menjadi teras kepimpinan.

Nampaknya kerja merancang jatuh naik orang ni masih lagi jadi kerja Anwar...Ingat dah rosak sel sel otak sebab disuntik HIV dulu...dan juga dikatakan disuntik arsenik 10 tahun lepas...

yang peliknya dia tetap hidup dan rambutnya tetap lebat macam biasa !

Anwar pandai menipu.Bini pun dia tipu juga ? atau sama sama tolong suami menipu ?

persoalan ini penting diajukan kepada sahabat sahabat semua agar kita tidak terus terpedaya dan sokong membabi buta orang yang ditolak sendiri 'orang kuat'nya yang jumlah mereka berpuluh orang yang telah keluar dari PKR sebelum ini.

Nama mereka anda boleh cari sendiri dalam alam maya ini.

Salam Ramdhan al Mubarak.

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com