HALAMAN SANTAI

Rabu, 10 September 2008

Wartawan Cina rasai suasana berbuka puasa

Mohd Nor Yahya


KOTA BHARU - Wartawan akhbar Cina turut merasai suasana berbuka puasa yang dianjurkan Kelab Wartawan Kelantan di sebuah restoran di sini petang semalam.

Mereka daripada akhbar Sin Chew Jit Poh, China Press dan Nanyang Siang Pau. Mereka bersama kira-kira 80 petugas media cetak dan elektornik berkumpul bagi menikmati keeanakan juadah di restoran tersebut.

Pengerusi kelab terbabit, Wan Zulkifli Wan Yaakob dari Utusan Malaysia melahirkan rasa bersyukur kerana warga wartawan dapat berkumpul di majlis tersebut walaupun masing-masing sibuk dengan tugas harian.

"Saya merasa gembira dan berbangga walaupun kita dari media cetak dan elektronik yang berlainan namun dapat duduk semeja bagi menikmati juadah berbuka puasa," ujarnya pada ucapan ringkas di majlis tersebut. .

Beliau juga berharap majlis seperti ini dijadikan acara tahunan bagi Kelab Wartawan Kelantan.

Selain itu katanya kelab tersebut dijadikan medan bagi wartawan di Kelantan berkumpul dan bertukar-tukar pandangan di samping menjaga kebajikan mereka.

Manakala katanya wartawan muda dan baru boleh berkongsi pengalaman dengan wartawan senior. - mj _

Tiada ulasan: