HALAMAN SANTAI

Selasa, 16 September 2008

Zaid tetap letak jawatan, khabar angin tersebar akan sertai PKR

KL POS


DATUK Zaid Ibrahim tetap dengan keputusannya untuk meletakkan jawatannya dalam kabinet sebagai membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau menyerahkan surat peletakkan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam.

Zaid telah melahirkan rasa tidak senangnya dengan langkah kerajaan menahan exco kerajaan Selangor dan juga ahli parlimen DAP, Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara, Jumaat lalu.

Dalam pertemuannya dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, perdana menteri telah menasihatkan Zaid supaya bercuti dan memikirkan kembali keputusannya itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar pagi ini, Zaid berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk meninggakan Umno atau menyertai PKR.

Selepas beliau menghantar surat peletakan jawatan semalam, khabar angin tersebar luas bahawa Zaid mungkin menyertai PKR. / Malaysiakini

Tiada ulasan: