HALAMAN SANTAI

Isnin, 9 Mac 2009

Orang ramai kini ‘gerun’ naik teksi

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR – Orang ramai kini bimbang untuk menaiki teksi di ibu kota berikutan tingkah laku segelintir pemandu pengangkutan awam itu seperti samseng dan sewenang-wenangnya mengenakan tambang tinggi.

Kisah penumpang dimarahi, dikasari, diherdik malah dicabul oleh pemandu-pemandu teksi kini semakin banyak kedengaran.

Menurut para pengguna, tingkah laku tidak sopan itu kebanyakkannya dilakukan oleh pemandu teksi baru yang gemar tampil dengan imej samseng termasuk memakai subang atau anting-anting, rantai leher, bertatu dan pakaian tidak terurus.

Rata-rata warga kota yang ditemui Utusan Malaysia di sekitar ibu kota hari ini tanpa berselindung menyatakan rasa was-was dan takut untuk menaiki teksi.

Ketakutan lebih dirasakan oleh penumpang wanita atau pelajar perempuan terutama mereka yang tiada pilihan selain menaiki pengangkutan awam itu.

Tiada ulasan: