BERITA HARIAN ONLINE
KUANTAN: Lebih 200,000 pekerja asing di negara ini sudah diberhentikan kerja dari Oktober tahun lalu dan awal Mei lalu, berikutan krisis ekonomi yang melanda dunia.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata secara keseluruhan pemberhentian pekerja di negara ini masih terkawal berikutan laporan yang diterima lebih rendah berbanding pada hujung 2008.
"Pada kemuncaknya, lebih 30,000 pekerja tempatan berdaftar diberhentikan kerja tetapi kini ia berkurangan kepada kira-kira 25,000 orang.
"Dalam tempoh berkenaan juga seramai 33,538 orang daripada 1,096 syarikat diberhentikan kerja sama ada secara tetap atau sukarela.
"Daripada jumlah itu seramai 18,130 orang diberhentikan secara tetap dan 7,602 secara sukarela termasuk seramai 340 orang di Pahang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Penempatan Pekerjaan Pahang 2009 di Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota di sini, hari ini.
Program itu disertai 38 majikan dengan menawarkan lebih 5,000 jawatan pelbagai kategori, selain 19 penyedia latihan turut serta dalam Program Latih dan Tempat (T&P).
Maznah berkata sehingga kini, sebanyak 7,756 daripada 31,049 kekosongan pekerjaan sudah diisi dengan pekerja tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan