HALAMAN SANTAI

Ahad, 17 Mei 2009

Pembangunan Cyberjaya tidak memuaskan: Tun M

SINAR HARIAN ONLINE


CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak berpuas hati dengan pembangunan Cyberjaya setakat ini setelah dibangunkan sejak 12 tahun lalu.

“Ia mengalami kemajuan yang besar, anda boleh melihat bangunan, rumah dan perniagaan berkaitan perniagaan di sini. Universitinya sedang berkembang dan MSC kini lebih aktif.

“Tetapi, jika anda bertanya sama ada saya berpuas hati? Jawapannya tidak. Saya lebih suka pembangunannya dilakukan lebih pantas. Lebih cepat, lebih elok dan kadang-kadang lebih mahal.” katanya sambil menyatakan pelan awalnya bermatlamat untuk mewujudkan komuniti asing di sini, tetapi perkara itu tidak berlaku.

“Semasa kami merancang Cyberjaya, kami menjangka ramai orang asing tinggal di sini dalam satu persekitaran yang diwujudkan untuk mereka. Satu persekitaran yang sangat menarik yang membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka.

“Ia satu komuniti yang fokus terhadap IT dan komunikasi tetapi kita mendapati ramai orang berminat tinggal di tempat lain dan bertugas di sini,” katanya.

Ketika ditanya apa lagi yang perlu dilakukan, Dr Mahathir berkata, kerajaan kemungkinan boleh menimbangkan untuk memberikan status penduduk tetap kepada pekerja asing yang layak selain mewujudkan persekitaran yang kon:dusif bagi mereka.

“Jika kita lebih layan orang yang mahu datang, saya fikir mereka akan datang.

“Saya fikir kualiti kehidupan juga perlu diadakan di sini kerana: ia agak penting. Mereka perlu berada dalam satu persekitaran yang baik untuk bekerja,” katanya.

Menurutnya, infrastruktur yang baik akan menarik mereka datang ke sini. Ia termasuk mewujudkan kelab, tempat untuk beristirahat, kawasan sukan dan lebih banyak rumah.

“Anda boleh melihat di sini terdapat terlalu banyak kereta. Mereka semua memandu ke sini. Saya lebih suka mereka tinggal di sini, mereka menghadiri kelab, main tenis dan berjalan ke pejabat. Itu yang dirancang tetapi ia tidak menjadi.

“Saya tidak pernah berpuas hati terhadap apa-apa pun. Saya selalu merasakan kita perlu menjadi lebih baik daripada apa kita miliki sekarang ini.

“Mungkin kerana kini berusia 84 tahun dan saya :mahukan sesuatu perkara itu dilakukan sebelum saya meninggal dunia,” katanya pada Acara Cyberjaya Malaysia-Menghubungkan Keperluan Perniagaan Secara Global - Pasca Perkhidmatan Penyumberan Luar Asia Pasifik.

Dr Mahathir telah menyampaikan ceramah khas mengenai :‘Malaysia - Today’s Knowledge Economy.’

Acara itu dianjurkan oleh Setia Haruman Sdn Bhd, pemaju utama Cyberjaya. Cyberjaya merupakan hasil buah fikiran Dr Mahathir.

Tiada ulasan: