HALAMAN SANTAI

Sabtu, 4 Julai 2009

70 penghuni kuarters JKR Salak Selatan menderita

Oleh FARHANA HANIM
MOHD. MYDIN


KUALA LUMPUR - Rupa-rupanya bukan kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di Batu 2 1/2, Jalan Cheras sahaja yang terabai malah keadaan kuarters di JKR Salak Selatan, Batu 4 1/2 di Jalan Sungai Besi di sini juga tidak kurang teruknya.

Kebanyakan pintu, bingkai tingkap, tiang dan siling rumah di kuarters itu yang dibina sejak 1950-an sudah reput dan uzur malah sebahagian besar penduduknya terpaksa 'berkongsi rumah' dengan ribuan anai-anai.

Kehadiran 'tetamu' tidak diundang itu ternyata menyusahkan penghuninya kerana ia menjadi punca pelbagai barangan perabot kayu termasuk juga pakaian mereka rosak akibat serangan serangga tersebut.

Ini memeningkan penghuni terbabit dan mereka mendakwa majikan 'lepas tangan' untuk menyelenggarakan dengan sempurna kira-kira 70 buah rumah di situ walaupun aduan sudah dibuat berulang kali.

Kosmo! difahamkan, penghuni di kuarters itu bukannya tinggal percuma tetapi dikenakan bayaran RM150 yang dipotong daripada elaun sara hidup sebanyak RM300 yang diterima setiap bulan.

Tiada ulasan: