Saidah Hairan
KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memutuskan mewajibkan setiap pembangunan perumahan bertingkat yang belum mempunyai meter individu menukar ke meter individu.
Demikian menurut laporan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad selepas mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).
Beliau berharap semua pemaju, ejen pengurusan, perbadanan pengurusan dan badan pengurusan bersama mesti berbincang dengan Syabas untuk pertukaran atau migrasi itu.
Katanya, sebelum ini Syabas hanya membenarkan migrasi jika 100 peratus pemilik bersetuju dan sebarang tunggakan kepada Syabas diselesaikan.
"Sekarang Syabas dan pemaju mestilah menyelesaikan sebarang isu-isu yang boleh menghalang migrasi ini," katanya.
Beliau mengingatkan mana-mana pemaju yang enggan akan disenaraihitam oleh kerajaan negeri dan migrasi akan memberi manfaat kepada penduduk.
Menurut beliau, dengan meter individu mereka boleh mendapat 20 meter padu air percuma yang ditawarkan melalui program negeri berkebajikan Pakatan Rakyat.
Katanya, potongan bekalan air juga tidak akan melibatkan mereka yang membayar bil-bil mereka kerana potongan akan dibuat hanya pada meter-meter mereka yang gagal membayar bukan di meter pukal. - mns_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan