Jimadie Shah Othman
Kumpulan ADUN Pakatan Rakyat Selangor menyifatkan kematian Teoh Beng Hock sebahagian episod konspirasi yang dirancang BN bagi merampas kuasa di negeri itu, seperti yang berlaku di Perak.
Naib Pengerui Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, Ng Suee Lin berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi Umno negeri akan sentiasa berusaha merampas kerajaan negeri itu seperti pernah diusahakannya sejak tahun lepas.
Dalam sidang akhbar bersama ADUN tiga parti berkenaan petang ini, Ng mendakwa, konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok yang juga ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) September tahun lalu.
Tangkapan itu didakwa berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.
Manakala episod kedua pula, dakwanya, membabitkan kes seorang lagi exco Selangor, Ronnie Liu didakwa menghalang tugas anggota penguatkuasa di sebuah hotel di Puchong.
Ronnie, juga ADUN Pandamaran, dihadapkan ke mahkamah pada 17 November tahun lalu atas tuduhan bersubahat menghalang tugas pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel tahun lalu.
Episod ketiga pula, kata Ng lagi, apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa menggunakan kereta sendiri sebagai kenderaan rasmi serta isu agihan lembu korban di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, awal tahun ini.
Ng, yang juga ADUN Sekincan, terus mendakwa bahawa episod seterusnya ialah perbuatan menyebarkan gambar bogel seorang lagi exco negeri, Elizabeth Wong pada Februari lalu.
1 ulasan:
Kesian lihat pemimpin2 melayu/Islam, semua ber pusu2 ber rebut2 buat apa yang mereka tidak pernah buat seumur hidup nya.
Demi menjaga hati dan perasaan kaum kafir, kini semua yang haram sudah jadi halal.
Catat Ulasan