BERNAMA
KUALA LUMPUR: Syabu paling banyak dirampas daripada 22 jenis dadah dan racun yang dirampas polis dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop memberitahu Dewan Rakyat, hari ini.
Abu Seman berkata keseluruhannya nilai rampasan dalam tempoh itu mencecah RM306 juta dan daripada jumlah itu, syabu berjumlah 1,052 kilogram (kg) bernilai RM263 juta telah ditemui.
Menjawab soalan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol), Abu Seman berkata bagi membasmi kegiatan penyalahgunaan dadah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah merangka pelan strategik pendidikan pencegahan yang mensasarkan empat kumpulan iaitu keluarga, institusi pendidikan, tempat kerja dan komuniti.
Mengenai usaha mempertingkatkan sempadan negara supaya tidak dibolosi pengedar dadah termasuk memperalatkan anak watan negara untuk mengedar dadah, Abu Seman berkata AADK dan polis narkotik sentiasa menjalankan operasi untuk mengenal pasti dan menangkap pengedar dadah.
"Ceramah penerangan berkaitan modus operandi pengedar dadah turut diadakan untuk pelajar dan di tempat umum," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan