HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Ogos 2010

Royalti: Sah, Kelantan saman Petronas

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Petronas ekoran kegagalannya membayar royalti negeri itu seperti termaktub dalam perjanjian.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan fail writ saman terhadap Petronas pada 30 Ogos ini.

“Writ saman ini dibuat selepas ianya mendapat keputusan pada mesyuarat exco tadi,” ujarnya.

Katanya, saman berkenaan akan dibuat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Bahagian Perdagangan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, juga dijangka akan hadir.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.

Pada masa yang sama, Husam turut menyeru rakyat Kelantan serta warga prihatin terhadap tuntutan itu hadir pada hari tersebut.

Ketika ditanya, beliau memberitahu mesyuarat sebentar tadi hanya membincangkan perkataan-perkataan yang perlu disebut dalam saman terbabit.

Bagaimanapun, jumlah tuntutan tidak dibincangkan dan menyerahkan kepada mahkamah.

“Kita tak bincang pasal jumlah tututan kita, itu terpulang pada mahkamah lah nanti,” ujarnya.

Sementara itu, turut dimaklumkan satu majlis solat hajat dan sidang media akan diadakan di Masjid Wilayah Pesekutuan, Jalan Duta selepas urusan memfailkan saman tersebut selesai.

Tiada ulasan: