SINAR HARIAN ONLINE
KOTA BAHARU – Polis akan memperketatkan kawalan bagi mengekang kemasukan dan penjualan mercun termasuk bunga api hingga mengakibatkan nyawa terkorban.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, beliau telah mengarahkan ketua polis negeri dan daerah terutama di kawasan sempadan supaya segera bertindak membanters kegiatan tersebut.
"Mereka perlu memastikan tiada tempat yang boleh dijadikan lokasi menjual dan menyimpan mercun seperti yang berlaku di Terengganu dua hari lalu yang mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak.
"Saya telah mengarahkan semua anggota saya supaya memeriksa di semua tempat termasuklah di pasar Ramadan. Jual mercun sahaja kita akan segera ambil tindakan.
"Ketua polis di sempadan perlu awasi jangan berlaku penyeludupan mercun dan kita akan bekerjasama dengan semua pihak seperti Kastam (Kastam Diraja Malaysia) bagi menangani masalah ini," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Ihya Ramadan bersama Pemangku Raja Kelantan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kelantan di sini malam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan