SABAH DAILY
SABAH DAILY
Apabila berlaku hari kiamat itu, Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran," Al-Waqiah 1-6
Hari ini dengan kemajuan teknologi , para saintis berlumba – lumba membuat kajian bukan saja terhad di muka bumi , malah juga di angkasa raya.
Mencuba dengan akal yang dikurniakan Allah ,, mencarii rahsia alam ini dan akhirnya ditemuinya kewujudan Allah , kekuasaanNya , KebesaranNya dan KeagunganNya.
Antara planet yang sangat diminati manusia ialah bulan , dek kerana kedudukan nya yang paling dekat dengan bumi ini.
Mengikut paparan Google rekahan-rekahan pada permukaan bulan menunjukkan ia semakin mengecil. Saintis-saintis percaya bulan akan mengecil apabila keraknya menjadi semakin sejuk seperti sebuah belon yang kehilangan udara.
Sebagai umat islam yang beriman , kita tidak lah sepatutnya bimbang dengan situasi ini , dengan syarat ilmu dan amal mencukupi , tetapi malang kalau – kalau ada yang belum memenuhi segala tuntutan agama sebelum ajal tiba.
Moga – moga dengan tanda – tanda dan syarat – syarat ini ia akan menambahkan lagi ketakwaan dan kepercayaan kepada Allah swt dan hari kiamat serta alam akhirat. -Tranung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan