BERNAMA
Pemimpin utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menyamakan diri beliau dengan pejuang demokrasi Burma Aung San Suu Kyi, kata seorang penulis laman web berhaluan kanan Amerika.
Rachel Motte, yang menulis dalam New Ledger, sebuah penerbitan laman web Amerika yang menyiarkan pendapatan berhaluan tengah-kanan, berkata persamaan itu tidak wujud kerana kes peribadi yang dihadapi Anwar berbeza dengan yang dihadapi Suu Kyi.
Tambahan lagi, kata penulis itu, landskap politik Malaysia jauh bezanya dengan yang terdapat di Burma.
"Jika ada manusia yang menderita kerana memperjuangkan demokrasi, maka Suu Kyilah orangnya... bukan Anwar Ibrahim, kerana beliau diberi peluang menghadapi perbicaraan, dibenarkan mendapat khidmat kumpulan peguam, diberi akses kepada media tempatan dan antarabangsa, dibenar bergiat dalam parti politik pimpinannya dan diberi kebebasan untuk bergerak ke seluruh dunia.
"Anwar bukan Aung San Suu Kyi. Sebenarnya, tindakan beliau sebagai pengasas bersama sebuah badan yang memperjuangkan Persaudaraan Islam Sejagat menunjukkan beliau jauh berbeza dengan Suu Kyi, yang telah banyak berkorban untuk memperjuangkan demokrasi," tulis Motte.
Penulis berkenaan mendakwa Anwar menggunakan pembebasan Suu Kyi baru-baru ini untuk menarik perhatian ramai kepada masalah politiknya ketika beliau berucap tentang keadilan sosial dan demokrasi di Sydney, Australia awal minggu ini.
21 ulasan:
Anwar mmg berbeza dgn Suu Kyi. Sku Kyi adalah pejuang rakyat sebenar tp Anwar hnya berjuang untuk diri sendiri.
sememangnya Anwar dan Suu Kyi tidak boleh disamakan langsung. Anwar bebas berpolitk tetapi Suu Kyi kebebasannya disekat...
Anwar dan Suu Kyi tidak sama langsung.
Memang jauh perbezaan anwar dengan Suu Kyi. Apa yang anwar dapat buat, memburukkan Malaysia di luar negara adalah,bukan memperjuangkan ha rakyat tapi hanya mahukan dendam yang dulu terjadi dengan BN.
kedua-dua mereka memang berbeza. suasana politik yang dialami oleh kedua-duanya juga berbeza.
Memang tidak sama.. bagi saya Suu Kyi adalah pejuang sebener kerana banyak berkorban untuk memperjuangkan demokrasi.
Perjuangan kedua-dua pemimpin ini adalah sangat berbeza. Semangat untuk kepentingan sesuatu pertubuhan dan negara itu merupakan sikap dan nilai yang tersangat penting jika kepimpinan dan ke’relevanan’ pertubuhan badan siasah itu untuk dipandang tinggi dan dihormati oleh orang ramai. Apabila mendapati banyak elemen untuk menjaga kepentingan diri dan individu masing-masing maka pertubuhan itu akan akhirnya menjadi tidak relevan dalam masa waktu yang panjang dan pada masa sama juga ada beberapa perkara yang perlu patuhi dan dihormati oleh semua pihak.
Bagi saya pun Anwar mmg berbeza dgn Suu Kyi.
Jadi Anwar tak perlu menyamakan dirinya dengan Suu Kyi kerana saya yakin rakyat jelata cukup jelas melihat perbezaan antara dua individu ini.
Siapa yang samakan Anuar dengan Suu Kyi??? Memang jauh berbeza, sedikit pun tidak ada persamaan.
Kes dan latar mereka memang banyak berbeza dan apa yang mereka memperjuangkan juga berbeza.
Anwar berjuang untuk membersihkan nama beliau. Suu Kyi berjuang untuk rakyat dan demokrasi Myanmar.
Mereka mungkin boleh disifatkan sebagai pejuang tetapi perjuangan mereka amat berbeza.
Semangat perjuangan Suu Kyi amat mengkagumkan.
Anwar pun tidak kurang semangat dan cita-cita beliau ingin jadi Perdana Menteri Malaysia.
Mereka banyak berbeza juga banyak persamaan dari berbagai aspek.
Suu Kyi pernah mengetui partinya memenangi pilihanraya tetapi telah ditolak pihak tentera.
Anwar belum lagi menang dalam pru tetapi igin menggunakan jalan pantas dengan menarik yp melompat parti untuk menjadi kerajaan.
Memang jauh berbeza. Suu Kyi dikenakan penjara di rumah sendiri dan tidak dibenarkan menyertai pilihan raya kerana kebanyakan rakyat menyokong beliau. Anwar masih dibenarkan bertanding di pilihan raya dan dibenarkan akses kepada khidmat peguam dan lain-lain.
Anwar tidak perlulah menyamakan dirinya dengan Suu Kyi untuk mendapatkan sokongan. Jika rakyat sokong, mereka tetap sokong. Jika tidak, faham-faham la.
ramai orang diluar sana yang tidak setuju dengan Anwar walaupun Anwar sering membodek masyarakat dunia dengan memburuk2kan negara semata2 untuk memuaskan nafsu politik beliau. saya yakin bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia juga membenci beliau terutamanya yang menyaksikan tindak tanduk beliau selama ini yang boleh disifatkan agak kebelakang.
berdasarkan laporan penulis tersebut, jelas menunjukkan Malaysia mengamalkan demokrasi. buktinya Anwar masih boleh menikmati pelbagai kebebasan walaupun saksi kedua seorang pakar bedah, Dr Razali Ismail menjelaskan bahawa tinggalan air mani dalam dubur Saiful masih boleh dikesan dalam tempoh 72 jam.
Catat Ulasan