HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 November 2010

Pilihan raya serentak: Banyak faktor ditimbang, kata Najib

BERNAMA

JOHOR BARU – Faktor kos bukan menjadi pertimbangan tunggal jika pilihan raya umum dan pilihan raya negeri Sarawak diadakan secara serentak, sebaliknya terdapat perkiraaan lain yang turut diambil kira, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kos pilihan raya adalah satu perkara tetapi persoalan ialah banyak faktor lain untuk diambil kira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kilang Asiaflex Products Sdn Bhd di Kompleks Industri Tanjung Langsat, di Pasir Gudang dekat sini hari ini.

Ditanya adakah ini bermakna pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum tidak diadakan secara serentak dengan pilihan raya umum, beliau berkata segala kemungkinan boleh berlaku.

“Apa sahaja memungkinkan,” katanya.

Beliau sebelum itu ditanya pemberita tentang kemungkinan pilihan raya umum dan pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan secara serentak sebagai langkah menjimatkan kos.

Tiada ulasan: