WAKIL rakyat Kuala Penyu, John Teo Mau Sing menunjukkan sikap naik kepala apabila beliau tidak menghadirkan diri tanpa alasan dalam beberapa mesyuarat bahagian partinya termasuk mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi parti selain mesyuarat Barisan Nasional Bahagian Beaufort sebelum ini.
Sejak menjadi Yang Berhormat kawasan berkenaan, Teo yang disifatkan rakyat Kuala Penyu sebagai YB yang pelik, tidak kisah dengan mesyuarat khususnya melibatkan partinya, UPKO dan Barisan Nasional dan ini menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli-ahli jawatankuasa bahagian dan rakan-rakan komponen BN lain.
Terbaru, Teo tidak menghadiri mesyuarat UPKO Bahagian Beaufort baru-baru ini, yang dipengerusikan oleh Datuk Wences Angang yang juga Naib Presiden UPKO dan tidak pula menyatakan apa-apa alasan mengenai ketidakhadirannya.
Mesyuarat bahagian itu dianggap penting kerana selain membincangkan persediaan bahagian untuk menghantar peserta ke Konvensyen UPKO Pusat di Kota Kinabalu bulan hadapan, ia turut membincangkan peranan parti dan wakil rakyatnya di kawasan Kuala Penyu serta melakukan persiapan awal berhubung kemungkinan pilihan raya umum ke-13.
Difahamkan banyak perkara dibangkitkan dalam mesyuarat itu termasuk teguran beberapa ahli jawatankuasa bahagian berhubung sikap dan cara YB berkenaan menjalankan tanggungjawapnya sebagai wakil rakyat, kesukaran menghubungi beliau dan keengganan menjawap telefon bimbit di samping perkara yang membabitkan pengurusan parti yang banyak diabaikan oleh beliau.
Selaku ketua bahagian parti yang mempengerusikan mesyuarat, Datuk Wences telah memberi ruang kepada ahli bahagian menyuarakan pandangan dengan kesediaannya untuk mendengar dengan harapan sesuatu mpnambahbaikan dapat dilakukan di masa akan datang.
Bagaimanapun, perkara itu tidak disenangi oleh YB berkenaan lantas melemparkan tuduhan kepada ketua bahagian bahawa beliau tidak mengawal perjalanan mesyuarat tersebut.
"Ini menimbulkan kemarahan kepada wakil rakyat, beliau tidak menyenangi keadaan itu," kata seorang anggota parti yang rapat dengan YB itu melalui sms kepada krew Sabahkini.Net.
Menurut beliau, tentu ada orang dalam yang memaklumkan perkara itu kepada YB yang membuat beliau rasa marah.
Beliau memberitahu, Teo sepatutnya tidak bersikap seperti itu sebaliknya beliau seharusnya berterima kasih kerana ada orang yang memberi pandangan agar beliau boleh memperbaiki sebarang kelemahan.
Sebelum ini, Pengerusi BN Bahagian Beaufort, Datuk Lajim Ukin juga tertanya-tanya dengan ketiadaan wakil rakyat Kuala Penyu itu tidak hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa BN Bahagian, bersama dengan wakil rakyat Klias, Datuk Azizah Datuk Mohd Dun, di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.
Menurut urusetia BN Beaufort, makluman telah pun disampaikan kepada kedua-dua Adun terbabit tetapi mereka seolah-olah sengaja ‘ponteng’ tanpa memberitahu sebab-sebab ketidakhadiran mereka.
Ekoran itu, ia mengundang teguran keras daripada Timbalan Pengerusi BN Beaufort, Isnin Aliasnih bahawa sepatutnya sebagai wakil rakyat, Teo dan Azizah memberi contoh yang baik kepada ahli jawatankuasa yang lain.
"Kalau mereka yang kecil-kecil ini boleh meluangkan masa menghadiri mesyuarat, tentunya mereka yang bergelar YB tiada masalah untuk hadir," tegasnya.
33 ulasan:
YB apa ini? Tidak bertanggungjawab langsung. Diharapkan dia akan memberikan alasan yang baik mengapa tidak menghadiri mesyuarat parti.
mungkin YB berkenaan mempunnyai alasan tersendiri. namun, komitmen dan tanggungjawab kepada rakyat perlu diutamakan.
YB tak seharusnya bersikap begitu, jika ta kdpt hadir pun, maklumkanlah sebabnya, bukan mendiamkan diri begitu sahaja.
tndakan seperti adalah tidak bertanggungjawab. jika begini dia tak layak menjadi wakil rakyat.
Nama ja YB, tetapi tidak pandai bertanggungjawab.
Pastikan YB tersebut memberi sebab kenapa dia tidak menghadiri mesyuarat parti.
Perlu ada kerjasama dan perancangan yang lebih teratur baharulah dapat membuat perubahan.
Hormat-menghormati dikalangan pemimpin dan semua ahli adalah penting. Kalau ada perkara-perkara yang boleh menimbulkan kemarahan bawalah berbincang.
Difahamkan banyak perkara dibangkitkan dalam mesyuarat itu termasuk teguran beberapa ahli jawatankuasa bahagian berhubung sikap dan cara YB berkenaan menjalankan tanggungjawapnya sebagai wakil rakyat, kesukaran menghubungi beliau dan keengganan menjawap telefon bimbit di samping perkara yang membabitkan pengurusan parti yang banyak diabaikan oleh beliau.
Perkara-perkara ini perlu diperbaiki agar perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan.
mungkin ada alasan yang kukuh menyokong tindakan beliau. jangan lah bersangka buruk!
sebelum ini juga telah ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Teo.. beliau tidak patut bergelar YB jika beliau sendiri menunjukkan contoh yang tidak baik dihadapan ahli2nya. YB seperti ini lah yang menjadi punca lumpuhnya perjuangan parti jika pucuk pimpinan tidak memandang serius tindak tanduk atau disiplin mereka.
YB Teo perlu bersikap profesional sebagaimana layaknya gelaran YB yang disandang oleh beliau. sebelum lebih ramai yang menuding jari, mengutuk dan mengkritik, adalah lebih baik jika beliau menerima kritikan2 sebelumnya dan memperbaiki diri sesuai dengan kemahuan orang di sekeliling beliau.
sebaiknya YB tersebut memberi penjelasan mengapa ia tk menghadiri mesyuarat parti.
Perbuatan YB ini memang pelik, mungkin ada sebab-sebab tertentu kenapa YB berbuat demikian.
Apapun diharap YB ini dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat, dan setiap kelemahan itu pasti boleh diperbaiki.
diharap pada masa pilihanraya akan datang BN tidak akan mencalonkan semula YB John Teo..beliau tidak menjalankan tugasnya dengan baik malah terlalu sombong, angkuh dan lalai dalam tugas..orang seperti inilah yang akan merosakkan imej parti.
apa sebenarnya masalah YB ini? sudahlah tidak berminat dalam isu2 rakyat, malah tidak berminat hadir mesyuarat penting yang memerlukan kehadiran beliau..
John Teo memang seorang YB yang pelik..
apa pula respon dari presiden UPKO berikutan ahlinya yang memalukan parti?
YB yang bersikap seperti Teo harus ditukarkan dan jangan dicalonkan sampai bila2..pucuk pimpinan parti harus bersikap tegas kepada ahli sepertinya..
kalaulah hal ni betul, aduii menghairankan betul oo.
sebagai YB, tidak seharusnya bersikap begitu kerana akhirnya nama YB itu juga yang akan tercemar.
Saya harap YB itu tampil bagi penjelasan dan jangan biarkan umum berandaian yang bukan2.
Ya samm. Ada kemungkinan juga tu. Tetapi hal ni tetap jadi kontroversi kerana senario ini menggambarkan suatu yang kurang baik.
Apapun saya harap hal ni dapat ditanggani dengan baik sebelum salah faham menular lebih teruk lagi.
Ini memang menimbulkan tnada tanya kepada kita kenapa semua ini berlaku. Apa pun tolong berikan penjelasan berhubung kenapa Datuk YB tidak datang mesyuarat parti sendiri.
Sekiranya ada alasan tersendiri sekali pun, sebagai orang YB harus juga memberikan penjelasan untuk ketidak hadiran dalam mesyuarat.
Cukup untuk satu penggal ini saja, pru akan datang, jangan calon beliau lagi.
YB K. Penyu ini macam 'loneranger'. Kenapa dia dilantik sebagai calon?
Mungkin yp teo tidak suka campur dengan orang.
Hairan kalau tidak datang mesyarat, macam mana dia tahu apa yang sudah berlaku dalam parti atau kawasan dia?
Mesyarat Parti penting juga, apa sebab YB John tidak memberi keutamaan kepada mesyarat itu?
Adakah setiap kali ada alasan tidak menghadiri mmesyarat parti?
Apa sebab sebenarnya?
YB sombong,? tidak suka berprofile tinggi?
Teo harus diminta beri tunjuk sebab kenapa tidak hadir mesyarat parti.
Catat Ulasan