KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyangkal laporan Bank Dunia tentang kemiskinan di Sabah sambil menegaskan bahawa jumlah mereka yang hidup dalam kemiskinan semakin berkurangan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Ewon Ebin berkata, di antara tahun 2009 dan sekarang ini, jumlah mereka yang hidup dalam "kemiskinan tegar" telah separuh berkurangan.
Beliau memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri Sabah bahawa kajian oleh Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri menunjukkan terdapat 24,100 isi rumah miskin tegar di negeri itu tahun lalu.
Sambil mengambil angka-angka dari database kerajaan, Ewon berkata 18,300 dari 24,100 isi rumah hidup di kawasan luar bandar dan pedalaman. Bagaimanapun, angka itu, telah menurun kepada 11,956 isi rumah tahun ini.
Beliau berkata, kemajuan ini dicapai berikutan pelaksanaan beberapa projek kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, termasuk projek-projek berasaskan pertanian yang akan dilaksanakan di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) di lima daerah luar bandar.
Projek-projek luar bandar
Projek-projek SDC bertempat di Kota Belud, Pitas, Kemabong, Tongod dan Beluran manakala sebuah lagi projek yang melibatkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Desa dijalankan di Banggi di utara Sabah, salah sebuah kawasan termiskin di negeri itu.
Sebuah projek usahasama ladang kelapa sawit melibatkan beribu-ribu ekar tanah di Kalabakan, Tawau dan Tongod sudah mula beroperasi, yang bakal memberi kesan positif terhadap masalah kemiskinan di kawasan itu," katanya.
Pemberian wang tunai sebanyak RM400 setiap bulan kepada 393 keluarga miskin pada Ogos tahun ini telah melenyapkan kemiskinan tegar di Tawau, kata Ewon, menambah bahawa RM40 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan program membasmi kemiskinan di Sabah.
Untuk mempercepatkan arus pembangunan, sejumlah 192.6 kilometer jalanraya baru di luar bandar dijangka siap pada penghujung tahun ini yang akan mendekatkan golongan miskin kepada kemudahan asas prasarana," katanya.
44 ulasan:
Namun begitu, masih perlu berusaha lagi. Bukan hanya kerajaan yang perlu membantu, rakyat sendiri juga perlulah berusaha.
ya.. kadar kemiskinan di Sabah kini makin berkurangan, Tawau adalah dearah pertama yang bersih dari kemiskinan.
Jika bertekad, sanggup belajar dan rajin bekerja. Pasti akan mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Kepada semua para penganggur, selamat berjuang.
Walaupun Sabah dilaporkan sebagai negeri paling miskin, sekurang-kurangnya kadar kemiskinan itu semakin berkurangan. Ini menunjukkan kerajaan sedang berusaha membasmi kemiskinan.
Rakyat sabah juga perlu berusaha sendiri untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Takan rakyat hendak mengharapkan pemberian wang sebanyak RM400 setiap bulan dan bantuan dari kerajaan seumur hidup sahaja.
Semoga kadar kemiskinan akan terus berkurang. Saya rasa masalah PTI adalah antara punca kemiskinan di Sabah meningkat. Oleh itu, kerajaan juga harus berusaha menyelesaikan masalah pendatang asing ini.
baguslah jika kadar kemiskinan di Sabah berkurangan. namun usaha perlu diteruskan bagi mengurangkan lagi kemiskinan di Sabah.
selain itu rakyat Sabah juga perlu berusaha keras untuk memajukan diri sendiri dan bijak merebut peluang yang disediakan. semoga Sabah akan terus maju kehadapan pada masa akan datang.
Ini menandakan kerajaan Negeri Sabah telah berusaha untuk menangani masalah miskin tegar yang dinyatakan oleh bank dunia baru-baru ini. Memang benar kata Datuk Ewon Ebin, Kemiskinan tegar di Sabah memang berkurang. Jadi tidak mustahil Sabah akan menjadi negeri kosong peratus kemiskinan tegar pada akan datang.
soal kadar kemiskinan samada meningkat atau menurun di Sabah mungkin tidak termasuk dalam kajian Bank Dunia, mungkin mereka melihat realiti hari ini masih berlaku kemiskinan di Sabah sedangkan negara2 lain sedang dan telah keluar dari masalah tersebut. tapi sabaik2nya isu ini tidak perlu diperbesar2kan sebaliknya idea penyelesaian dari semua pihak terutamanya pihak yang giat mengkritik amat diperlukan.
pihak kerajaan negeri baru2 ini ada membuat kenyataan bahawa mereka akan melaksanakan cadangan2 yang dikemukakan dalam laporan Bank Dunia. sehingga cadangan itu dilaksanakan kelak, telah banyak usaha2 kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini. namun keberkesanannya belum dapat dilihat oleh mata kasar walaupun statistik telah menunjukkan penurunan yang ketara. perlu diingat, negeri Sabah memiliki fizikal geografi yang luas dan taburan penduduk yang agak berselerak, faktor ini sudah tentu menuntut kerajaan memperuntukkan dana dan masa yang banyak untuk merealisasikan matlamat membasmi kemiskinan di negeri ini.
jika hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha, tetapi sebelah pihak lagi langsung tidak ada inisiatif untuk memperbaiki diri, amat sukar bagi kerajaan merealisasikan tuntutan rakyat lebih2 lagi dengan bantuan puak pembangkang yang giat mengkritik dan menggagalkan usaha2 kerajaan sedangkan mereka sendiri tidak melakukan apa2. oleh itu untuk membebaskan negeri Sabah dari kepompong kemiskinan, usaha2 kerajaan perlu selari dengan kesungguhan rakyat memperbaiki diri mereka. saya harap masalah ini tidak berlarutan lebih lama..
penduduk Sabah juga kena berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka. segala peluang yang ada perlu dimanfaatkan.
Semoga pengurangan miskin tegar di Sabah ini akan dapat diselesaikan dari perinkat ke peringkat.
Berkerjasama itulah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah miskin tegar ini. Tapi kita boleh nampak sendiri Sabah sekarang mempunyai pengurangan yang baik dari masa ke semasa. Semoga Sabah akan keluar dari kemiskinan.
Penurunan kadar kemiskinan di negeri ini adalah sangat baik, namun adakah penurunan kadar kemiskinan ini boleh ditingkatkan ataupun mungkin bertambah teruk. Saya berpendapat, peluang pekerjaan yang ada tidak dapat mengatasi masalah kemiskinan disebabkan gaji yang rendah, persaingan mendapat pekerjaan terutamanya di sektor pertanian, pelancongan, pembangunan dll juga sukar untuk diperolehi kerana kebanyakkan syarikat besar lebih memilih warga asing kerana membayar gaji lebih rendah berbanding rakyat sabah.
Ini merupakan perkembangan positif Sabah.
Kerajaan perlu komited untuk membasmi kemiskinan rakyat, khasnya yang tergolong dalam kategori miskin tegar seperti mengadakan program-program ataupun kursus-kursus yang dianjurkan oleh agensi-agensi tertentu. Melalui kursus-kursus yang anjurkan ini ia juga dapat mengubah cara pemikiran miskin teger untuk terus maju.
This is a good sign for Sabah to drop off the ' poverty ' name.
Pelbagai aktiviti yang telah dikalukan oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan teger, ia amat digalakkan kerana mendapat penerimaan positif dari pelbagai pihak. Diharap usaha ini dapat diterusan dalam memastikan negeri sabah bebas daripada keminkinan, dan pada masa sama juga dapat meningkatkan pendapatan rakyat.
Kawasan pedalaman harus diberi tumpuan bagi pelaksanaan beberapa projek kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, termasuk projek-projek berasaskan pertanian yang akan dilaksanakan.
Ini merupakan batu loncatan bagi Sabah untuk mengekalkan nama baiknya.
Keprihatinan kerajaan terhadap rakyat di negeri ini sudah menjadi kebanggan oleh kebanyakkan rakyat sabah. Peruntukan yang diberi untuk membangunkan negeri ini adalah harapan rakyat. Selain itu janji-janji kerajaan kepada rakyat juga harap dapat dipertimbangkan untuk dilaksanakan.
The state government has been pushing forward to curb the poverty rate in Sabah.
"Sambil mengambil angka-angka dari database kerajaan, Ewon berkata 18,300 dari 24,100 isi rumah hidup di kawasan luar bandar dan pedalaman. Bagaimanapun, angka itu, telah menurun kepada 11,956 isi rumah tahun ini."
kadar kemiskinan memang berkurangan...namun usaha yang sedia ada harus diteruskan dengan giat di smping mewujudkan usaha2 baru yang boleh menjamin pengurangan kadar kemiskinan sabah.
laporan Bank Dunia itu, adakah termasuk dengan PATI, mereka yang tiada kewarganegaraan, pemegang IMM13 dll? jika ya, maka ketepatan laporan tersebut boleh dipertikaikan.
rakyat juga tidak harus bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk mengubah hidup mereka..perlu juga berdikari untuk memajukan diri..tiada yang dapat mengubah hidup kita kecuali diri kita sendiri.
kerajaan negeri tetap meneruskan usaha mereka untuk membasmi kemiskinan di sabah..rakyat juga harus menyokong usaha2 tersebut agar memberikan hasil yang diharapkan.
diharap kadar kemiskinan di sabah akan terus berkurangan..
Usaha Kerajaan Negeri membasmikemiskinan di Sabah nampak hasil.
Miskin tegar di Sabah menurun setiap tahun.
Ini berita yang merangsangkan. Harap ia terus berlaku sehingga Sabah capai sifar kemiskinan.
Tidak lama akan datang,Sabah pasti dapat mencuci nama 'negeri paling miskin' dari senarai.
Galakan dan pujian diberi kepada Kerajaan Negeri.
Sifaf miskin di Sabah bukan sekadar impian. Kini impian semakin menghampiri kenyataan.
Syabas kepada negeri Sabah. Semoga Sabah terkeluar dari belengu kemiskinan.
Pencapaian ini amat dihargai rakyat Sabah.
Baguslah kalau dah kurang... Tapi rasanya masih perlu dipertingkatkan lagi kerana kampung saya sendiri pubn masih juga ada org susah. huhu
Mungkin juga kategori kemiskinan harus diperjelasakn bagi memastikan takda yang keliru. Mungkin ada yang menganggap kehidupan mereka masih miskin walaupun pendapatan isi rumah lebih dari RM2 ribu disebabkan kos sara diri yang akan meningkat. Jd bayangkalah kalau semua yang bergaji RM2 ribu ke atas beranggapan mcm ni... Konpom lah dorang percaya Sabah ni negeri plg miskin. huhu
Betul Jonny. Berusahalah bersungguh-sungguh dan pastikan level kehidupan dapat ditingkatkan :)
Ya sokong OrangSabah. Saya juga harap Sabah akan keluar daripada jolokan negeri termiskin. Saya yakin Sabah pasti akan bertambah maju suatu masa nanti.
Saya harap usaha utk membasmi kemiskinan ini dipertingkatkan lagi :) All the best!
Kadar kemiskinan di sabah berkurangan? betul ka nie? tapi apapun kita nampak usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat sabah.teruskan usaha untuk mencapai kejayaan bebas dari kemiskinan yang tegar.
Great work!Keep it up.
Catat Ulasan