“Ramai kawan-kawan tanya sama ada saya rungsing dengan serangan yang dibuat Umno-BN, saya cakap jangan dengar.
“Walau apa pun serangan, saya akan tetap bertahan. Yang penting adalah keyakinan saya terhadap parti,” kata Penasihat PKR itu ketika berucap pada program khas bersama perwakilan Kongres Nasional PKR di sini malam tadi.
Anwar berkata, ahli dan kepimpinan parti perlu yakin terhadap perjuangan sekiranya mahu membawa perubahan.
“Kita kena ada keyakinan, kalau yakin akan perjuangan ini, baru kita boleh maju dengan kuat demi kepentingan dan kebebasan rakyat.
“Semuanya kena bermula dengan keyakinan, ini bukan gimik poltik. Kita perlu buktikan komitmen bahawa kita ini adalah parti yang berbeza,” kata Ketua Pembangkang ini.
Anwar berkata, sesiapa yang mahu menyertai parti itu terlebih dahulu perlu memahami asas perjuangan PKR.
“PKR adalah parti pejuangan, siapa yang nak masuk parti ini perlu faham agenda kita.
“Agenda parti adalah perjuangan dan keadilan yang selama ini menjadi tunggak kita. Kekuatan parti kita berbeza dengan Umno-BN.
“Dalam perjuangan keyakinan itu mesti ada, selama ini kita diserang bertubi-tubi. Kenapa kita diserang? Kerana kita adalah parti yang memperjuangkan keadilan dan mahu membebaskan rakyat daripada cengkaman kezaliman Umno-BN,” katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata Umno-BN akan melakukan apa sahaja untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap parti itu.
“Umno menggunakan media untuk menyerang kita, kenapa? Kerana mereka mahu menghakis keyakinan kita terhadap parti tapi adakah mereka berjaya? Tidak..
“Bila saya minta seranglah saya sebanyak mungkin mereka tidak berani kerana tiada keyakinan apa yang mereka boleh tunjukkan adalah kuasa.
“Jadi kita perlu yakin terhadap perjuangan parti, kita perlu yakin kepada perubahan untuk tegakkan keadilan untuk rakyat,” katanya.
17 ulasan:
Begitu juga dengan kerajaan BN akan tetap bertahan walaupun Anwar memburuk-burukkan kerajaan malaysia di mata dunia. BN tidak akan kalah begitu saja.
Anwar ni sebenarnya yang membawa masalah dalam PKR, ahlinya sendiri pun menyerangnya.
Anwar yang sebenarnya banyak menyerang kerajaan, termasuklah memburukkan negara sendiri ketika di luar negara.
bukan BN yang menyerang Anwar sebenarnya, tetapi ahli PKR sendiri yang banyak melakukan kritikan sehingga berlakunya konflik dalaman parti tersebut.
PKR sendiri juga sering menyerang UMNO-BN. Dua kali lima sahaja mereka ini.
Tetapi kalau tengok betul2x, Anwar lah yang selalu menyerang kerajaan. Anwar bukan sahaja menyerang kerajaan, malah memburukkan nama Malaysia sendiri. Adakah kita mahu pemimpin yang memburukkan nama negera sendiri semata-mata hendak meraih sokongan orang ramai? Tentu tidak kan.
DSAI patut menyelesaikan isu dalaman PKR kerana ia melemahkan parti PKR.
Apa-apa pun, selamat berjuang kepada semua.
Ini sudah lumrah bagi setiap pemimpin politik, apapun semangat perjuangan harus diteruskan.
Kerjasama semua ahli parti untuk bersatu baharulah mampu bertahan.
Anwar lagilah teruk.. menggunakan media2 antarabangsa untuk memburuk2kan Malaysia.. tidakkah beliau sedar kesannya?? beliau memang patut diserang bukan sahaja oleh BN, tetapi semua pihak kerana potensi beliau mengundang bencana kepada Malaysia sekiranya beliau berjaya menduduki kuasa tertinggi negara.
Anwar tidak perlu bercakap soal keadilan yang kononnya diperjuangkan dalam PKR kerana apa yang berlaku dalam PKR hari ini menunjukkan tidak ada penekanan konsep keadilan langsung dalam PKR.
Serangan bertubi-tubi terhadap Anwar oleh UMNO tidak pernah berhenti.
Harap ia dihentikan segera kerana rakyat tidak mudah diprovok lagi.
Inilah hakikat dan realiti sebagai seorang hali politik.
Benarkah UMNO terus menyerang Anwar?
Lumrah dalam politik bha.
Daya ketahanan Anwar cukup kuat.
Malaysia kurang pemimpin seperti beliau.
Memang kena bertahan pun dah xda pilihan lain. kena bertahan la, ataupun resign jer.
Catat Ulasan