Oleh:HJ.WAHAB TIMPAI.
PEMBETUNGAN najis di jalan belakang perantaraan kedai Toko See Soon dan Shin Kuang mengeluarkan air berbau busuk dan berwarna hitam sehingga melimpah ke jalan raya sejak rabu lagi dan sehingga berita ini ditulis pada jumaat, 26 November 2010 belum ada tindakan diambil Majlis Daerah Tenom (MDT) atau Jabatan Kerja raya (JKR) Tenom meskipun aduan telah difailkan secara rasmi pada hari rabu.
“Saya amat kesal kerana walaupun kawasan pekan ini terdapat seramai enam orang dilantik menjawat Ahli Majlis Daerah Tenom, namun mereka hanya membisukan diri masing-masing meskipun melihat keadaan yang berlaku,” kata seorang penghuni kedai yang hanya dikenali namanya sebagai Lee Oon Oo kepada wartawan Sabahkini.net petang tadi.
Lee berkata, pihak berkuasa sepatutnya tidak melengah-lengahkan untuk bertindak selepas menerima aduan kerana keadaan itu boleh menjejaskan kesihatan sekiranya berlanjutan.
“Kami bimbang perniagaan terjejas pelanggan tidak mengunjungi kedai kerana melihat keadaan limpahan air najis bau busuk itu,” katanya
Lee mengharapkan agar pihak berkuasa tempatan menyelesaikan masalah ini segera kerana pengguna terpaksa berpatah balik kerana tidak dapat melalui jalan tersebut untuk ke pasar kerana limpahan air dari pembetung najis, di samping mengelakkan kereta masing-masing terkena air najis berkenaan.
30 ulasan:
pihak yang berkaitan perlulah mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang sedang berlaku.
peniaga di kawasan berkenaan bimbang perniagaan terjejas dan pelanggan tidak mengunjungi kedai kerana melihat keadaan limpahan air najis yang berbau busuk. harap pekara ini akan diselesaikan..
Sekiranya laporan telah diterima, pastikan menjalankan siasatan atas laporan dan melakukan kerja dengan segera.
Pihak berkuasa harus melakukan kerja mereka dengan segera setelah menerima laporan. Jangan menanguh laporan yang diterima sehinggakan beberapa hari kerja tidak dilaksanakan.
"Saya amat kesal kerana walaupun kawasan pekan ini terdapat seramai enam orang dilantik menjawat Ahli Majlis Daerah Tenom, namun mereka hanya membisukan diri masing-masing meskipun melihat keadaan yang berlaku,”
Mereka tidak layak untuk dilantik sebagai Ahli Majlis. Adakah patut mereka membisukan diri. Mereka sepatutnya membantu penduduk tersebut. Bukankah itu adalah tanggungjawab mereka?
Diharapkan masalah ini diselesaikan secepat mungkin.
saya harap MDT atau JKR telah sedia maklum dan menerima aduan ini. jangan tunggu masalah ini semakin kritikal baru ada tindakan..
pembaikan perlu dilakukan terhadap pembetung tersebut.
Ini menjejaskan nama baik MDT dan JKR kerana lambat mengambil tindakkan terhadap pembentungan Najis ini. Harap masalah ini akan dapat diselesaikan dengan segera.
sepatutnya MDT tidak perlu menunggu aduan dari penduduk atau menunggu sehingga penduduk menggunakan saluran media untuk menyokong aduan mereka. MDT perlu kerap memantau sekitar daerah Tenom dan melakukan kerja2 sesuai dengan fungsi utama MDT diwujudkan.
pihak berkenaan harus menjalankan tanggungjawab mereka dengan segera.
diharap perkara seumpama tidak akan berulang lagi.
Masalah pembetungan najis yang tidak diselenggara dengan baik hanya akan menjejeskan kesihatan.
Sepatutnya perkara ini sudah diambil tindakan, dan tidak perlulah menunggu sehingga menerima banyak aduan.
Para peniaga juga akan terjejas sekiranya masalah pembetungan najis tidak diselenggara dengan baik.
masalah pembentungan najis yang tidak terurus sebenarnya boleh mengundang pelbagai masalah termasuk penyakit kepada manusia seperti kolera / cirit birit selain pencemaran bau yang dashyat..
siapa yang nak makan di kawasan yang berbau busuk dengan najis di sana sini?
ayoo, menggelikan la.. Mcm mana la jualan nak laku kalau pembentung tak diselanggara. huhu
Setuju azman. Pihak yang bertanggungjawab harus ambil tindkan segera. Jangan biarkan hal berlanjutan terlalu lama.
Ya evan medhousky. Rasanya hal ni takkan berlanjutan kalau MDT selalu turun padang.
Saya harap hal ni akan diberi perhatian sewajarnya sebelum masalah lain yang timbul.
Apapun kpd pihak2 berkenaan pastikan hal sebegini tidak bverulang lagi. Klaaupun berulang tangganilah secepat yg mungkin.
Ahli majlis daerah bertanggungjawab mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini. Baik menyambungkan paip najis itu ke rumah ahli-ahli majlis ini supaya mereka merasa apa yang rakyat merasa.
Buat apa melantik mereka sebagai ahli majlis daerah jika mereka tidak ikhlas membantu rakyat menyelesaikan masalah mereka. Tidak bertanggungjawab langsung.
MD merupakan barisan yang paling depan menghadapi rakyat, jika Majlis Daerah gagal menjalankan tugas, imej kerajaan terjejas teruk dan bakal memudaratkan kewibawaan kerajaan BN.
Sekali lagi rakyat disusahkan. Segera baiki kerosakan.
Busuk seluruh Tenom nanti.
Jangan rosakan imej Sabah sebagai sebuah destinasi perlancongan.
Kereta pun kena service setelah berjalan jarak tertentu.
Hal ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Perlukan pihak bertanggungjawab untuk bertindak.
Catat Ulasan