SEPANJANG minggu ini, saya banyak menerima email pro dan kontra daripada rakyat Sabah berhubung isu kemiskinan dan Bank Dunia yang ‘memiskinkan Sabah’ sebagai ulasan kepada artikel saya bertajuk ‘Sambut Aidil Adha Dalam Kemiskinan’ yang disiarkan pada 17 November 2010.
Saya membuat keputusan tidak akan menjawab semua email berkenaan tetapi akan merumuskan jawapan dalam artikel ini yang pada pandangan saya suatu fakta yang tidak dapat ditolak dengan akal bahawa tanpa PATI yang direkrut Kerajaan Persekutuan, Sabah adalah negeri yang terkaya di Malaysia.
Hakikatnya, pada 1970, Sabah merupakan negeri yang kedua terkaya di Malaysia, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita di belakang Selangor (termasuk Kuala Lumpur). Walaupun ia kaya dengan sumber semula jadi, kini Sabah didakwa adalah negeri yang paling miskin di Malaysia kerana perkapitanya paling rendah berbanding kos hidup yang terlalu tinggi.
Setelah tiga dasawarsa, pada 2,000, tahap kemiskinan Sabah pada tahap 16 peratus dan merupakan tahap yang tertinggi di Malaysia kerana tiga kali purata nasional yang disumbangkan oleh kadar pengangguran Sabah tertinggi di Malaysia iaitu pada tahap 5.6 peratus dan hampir dua kali ganda purata pengangguran nasional (3.1 peratus).
Kini, 2010, Bank Dunia dengan ‘lunaknya’ mendakwa bahawa Sabah negeri yang pada dasarnya adalah ‘Negara dalam Negara’ lebih miskin daripada Perlis dan terus memecah rekod ‘Guinness World of Book Record’ sebagai ‘negara’ yang termiskin di dunia?
Bank Dunia boleh berkata apa sahaja, tetapi sebagai rakyat Sabah yang ‘bermaruah’ harus membela nama baik negeri mereka dan mengajar Kerajaan Persekutuan tentang hak yang dinafikan selama ini; terutama agehan kekayaan yang tidak seimbang setelah tarafnya sebagai ‘Negara’ diturunkan sebagai ‘Negeri’ yang mendapat peruntukan sama ‘ciput’ dengan Perlis.
Status ‘Yang Di Pertuan Negara’ yang dijenamakan semula sebagai ‘Yang Di Pertua Negeri’ menunjukkan Sabah telah kehilangan status Negara dan terpaksa melutut kepada Kerajaan Persekutuan kerana semua hasil cukai disedut masuk ke akaun ‘Hasil Yang Disatukan’ dan hanya menerima sekitar 5% sahaja, sekadar nyawa-nyawa ikan untuk membangunkan negeri yang dimungkiri janji ‘Sabah Baru’ pada 1994.
Sabah yang telah kehilangan hasil negeri akibat salah urus beberapa kerajaan negeri yang lalu, akhirnya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan Persekutuan untuk membangunkan prasarana sekalipun hanya sedikit sahaja disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Negeri Sabah kerana sejumlah besar dibelanjakan oleh sebuah kementerian yang mempunyai kuasa autonomi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Namun kata pepatah, ‘hati gajah sama dilapah dan hati nyamuk sama dicecah’ tidak berlaku dalam hubungannya dengan Kerajaan Persekutuan yang masih curiga untuk membenarkan Sabah berdiri sebagai sebuah kuasa ‘autonomi’ sejajar menghormati Perjanjian 20 Perkara.
Setelah menjahanamkan politik Sabah dengan Projek X-Files ‘Pendatang Asing Tanpa Izin’ dengan merekrut lebih 322,903 warga Filipina, Indonesia, India, Pakistan sebagai ‘Pengundi Untuk Disewa’ dan diberi kerakyatan Malaysia melalui jalan songsang; kini jumlah mereka sudah terlalu mendominasi demografi Sabah seramai lebih 1.7 juta mendatangkan ancaman yang besar kepada Sabah, bahkan Malaysia.
Walaupun terpaksa berjuang secara berseorangan dan menerima kutukan pelbagai pihak, termasuk rakyat ‘tempatang’ yang ‘menjual’ agama mereka untuk menghalalkan saudara seagama daripada Indonesia, Filipina, Pakistan dan India; digertak dengan lebih 40 laporan polis serta ancaman untuk melucutkan keahlian saya sebagai ahli UMNO seumur hidup, namun saya percaya lebih sejuta rakyat tulen Sabah menyokong perjuangan saya, sekalipun tidak pernah menderma satu sen dibelah tujuh untuk membangunkan laman web www.sabahkini.net yang menjadi wadah perjuangan saya selama ini.
Sewajarnya Sabah yang merupakan ‘negeri’ kedua paling besar di Malaysia dengan keluasan tanah 73,610 km persegi kaya dengan sumber alam semulajadi seperti hutan, galian, fauna, flora hinggalah ke hidupan laut.
Namun kini tidak sampai 40 peratus tanah Sabah diliputi dengan hutan rimba kerana telah dibalak secara tidak terkawal di era Kerajaan USNO, Berjaya dan PBS dan sebahagian besar diteroka sebagai kawasan pertanian, termasuk Benta Wawasan menyebabkan Sabah kehilangan sejumlah besar hasil negeri kerana dasar mengurangkan kegiatan pembalakan dan proses penghutanan semula.
Ahli Sejarah dan Ahli Sosiologi terhandal di dunia sekalipun tidak dapat menyelesaikan misteri pertambahan penduduk Sabah kerana sejak 1963, populasi di Sarawak hanya meningkat sekaliganda, begitu juga di Semenanjung Malaysia.
Namun populasi di Sabah pula, meningkat secara mendadak iaitu dari 450,000 orang pada tahun 1963 kepada 3.28 juta orang pada tahun 2010 iaitu 5 kali ganda.
Sabah yang kini memperolehi pendapatan perkapita RM9,536 berada di bawah standard nasional. Namun dengan Pelancaran Model Economi Baru (NEM) boleh dipercayai boleh melonjakkan Sabah ke tahap yang lebih baik dengan Keluaran Negara Kasar (GDP) Sabah dijangkakan RM12,583, walaupun sekarang berada di tempat ke-13.
Saya agak sedih kerana Sarawak yang sebelum ini terketinggalan jauh di belakang ekonomi Sabah meninggalkan Sabah begitu jauh dengan KDNK sejumlah RM29,175 iaitu 2.5 kali ganda daripada Sabah dan berada di tempat ke-3.
Bagi memulihkan ekonomi Sabah dan mencapai tahap status Negara maju, Sabah perlu mencapai KDNK sebanyak RM57,135 dengan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 10 peratus setahun.
Mengikut bancian 2010, penduduk Sabah kini seramai 3,271,921 dan 836,626 daripadanya adalah PATI!
Namun bancian tersebut gagal mengesan lebih daripada satu juta PATI yang mendapat suaka politik di dalam UMNO, di bekas perkampungan pelarian yang diwujudkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bersembunyi di estet perladangan kelapa sawit milik GLC seperti FELDA, FELCRA, LKTNS dan syarikat Bursa Saham Kuala Lumpur seperti Kwantas, IOI, TSH dan sebagainya.
Memang agak sukar untuk mengakui bahawa masih ada rakyat tempatan miskin melainkan beberapa ratus orang yang menjadi mangsa diskriminasi kaum seperti Rungus di luar bandar yang langsung diabaikan kerana faktor lokaliti dan kecuaian Adun yang mewakili mereka.
Agak sukar untuk mencari orang susah kerana bancian yang dilakukan Pejabat Daerah lebih memihak kepada data palsu untuk kepentingan JKKK dan Ketua Kampung yang menyenaraikan suku sakat dan saudara mara mereka sebagai miskin kerana sukar mencari orang miskin di Sabah melainkan PATI yang mempunyai ‘IC Burung-Burung’.
Sedangkan ramai PATI yang tidak mempunyai dokumen tetapi rajin berusaha boleh mendapat antara RM200 hingga RM500 sehari daripada kegiatan menjual rokok haram, menyeludup barang dan mengedar syabu; sekalipun sentiasa diserbu pihak berkuasa. Bukan niat saya menggalakkan penularan jenayah, tetapi menunjukkan pelbagai peluang terbuka luas di Sabah, hatta menjual makanan di pasar malam.
Peniaga pasar malam di seluruh Sabah dikuasai oleh PATI yang mendapat kad pengenalan melalui pintu belakang dan ada juga yang tidak mempunyai dokumen tetapi sanggup menyewa daripada penduduk tempatan.
Namun tidak kurang juga PATI yang dijinakkan UMNO dan bersikap seperti ‘ayam karan’ dan hanya mengharapkan makanan yang ditabur pemimpin UMNO. Mereka inilah yang menjadi parasit dan memalukan Sabah dengan kemiskinan yang berganda kerana malas bekerja dan hanya mengharapkan ehsan wakil rakyat dan pemimpin politik yang menjadikan mereka ‘Fixed Deposit’.
Semalas-malas penduduk Pulau Jampiras, Sandakan yang diasingkan dan ‘dilatih sebagai mesin pembunuh’ mampu memiliki pendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000 sebulan daripada kegiatan mereka dalam perniagaan ‘Tukar Barang’ yang penuh konspirasi.
Peluang yang terbuka di Sabah menarik lebih 1.7 juta PATI lalu bagaimanakah kita mahu mendakwa Sabah negeri miskin di Malaysia?
Para pemimpin Sabah harus bangun dan berani untuk berkata tidak kepada PATI yang menjadi liabiliti dan menyingkirkan mereka daripada bumi ini kerana jika tidak dikawal, mereka akan kehilangan pengaruh kerana kesetiaan pemegang kad pengenalan projek ini masih kepada Negara asal mereka sekalipun mula mahir menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku sebagaimana Namawee menyanyikan lagu Negaraku dalam versinya sendiri!
HALAMAN SANTAI
Selasa, 30 November 2010
SABAH NEGERI TERKAYA JIKA TIADA PATI?
Oleh: MUTALIB M.D (sabahkini)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
36 ulasan:
Sabah merupakan negeri yang luas dan kaya dengan sumber. tidak mustahil Sabah boleh menjadi negeri yang kaya jika sumber-sumbernya diurus dengan baik dan betul.
PATI memang merupakan masalah di Sabah. diharapkan masalah ini akan dapat diselesaikan satu hari nanti.
Memang PATI adalah masalah utama yang terdapat di Sabah. Kerana mereka inilah nama sabah menjadi buruk dengan kadar kemiskinan. Oleh itu, kerajaan tolong selesaikan masalah PATI ini. Jangan sampai rakyat berubah hati dengan kerajaan yang tidak pandai menyelesaikan maslah ini.
Fikirkan dengan nama baik sabah. jika sabah buruk siapa rakyat akan salahkan??tentulah para pemimpin yang tidak pandai memimpin. PATI??apa yang susah dengan PATI. Apa guna polis beribu-ribu jika duduk di pejabat saja. Apa guna RELA yang ditubuhkan jika tidak ada guna langsung. Berikan mereka tugas setiap hari untuk membuat rondaan untuk menangani PATI. Jangan tunggu laporan baru keluar sarang. Berikan mereka tugas ini. bukan susah sangat pun meronda kawasan tertentu.
PATI ini yang merosakkan Sabah. Kerajaan harus menangani masalah ini secepatnya. Kita tidak mahu Sabah akan jatuh begitu saja dengan kehadiran PATI yang semakin merisaukan rakyat sabah.
penduduk tempatan Sabah tidaklah miskin, yang miskin sebenarnya adalah golongan PATI yang byk mencemarkan negeri Sabah. mereka ini harus dihantar balik.
Tidak berani cakap bahawa Sabah adalah yang terkaya tanpa PATI. Tapi apa yang yakin adalah Sabah tidak mungkin termiskin jika PATI tidak diambil kira.
Memang terlalu banyak PATI dan juga golongan terapung di Sabah, mereka ini yang tiada pekerjaan tetap dan tidak dibantu oleh kerajaan. Sebab itulah mereka miskin.
PATI2 di Sabah bukan sahaja menyebabkan Sabah miskin, malah mereka juga yang suka melakukan jenayah dan mencemar alam di Sabah.
PATI punca masalah, namun golongan ini juga yang digaji. Macam mana mahu selesaikan masalah?
cuba pihak berkuasa jalankan operasi besar2an menahan dan menghantar pulang semua PATI ke negara asal mereka, kita lihat apa kesannya dengan jumlah kemiskinan di Sabah. jika ada perubahan, bermakana Sabah bukanlah negeri termiskin tetapi negeri yang kaya dengan pendatang asing.
PATI adalah antara satu punca yang menyebabkan Sabah miskin. Tetapi, saya tidak menjamin Sabah akan menjadi negeri terkaya jika tiadanya PATI. Rakyat sabah juga hendak berusaha sendiri. Jangan selalu bergantung dengan bantuan dari kerajaan.
jika tidak ada PATI di Sabah, sudah tentu pihak majikan tidak ada pilihan lain selain menggunakan tenaga kerja tempatan untuk memenuhi kekosongan kerja di syarikat mereka. dan sudah tentu majikan akan terdesak menaikkan gaji pekerja bagi memastikan syarikat mereka terus beroperasi. secara tidak langsung kemiskinan di Sabah boleh diatasi tanpa memerlukan kerajaan menyalurkan dana berjuta2 untuk menjana pendapatan mereka.
Apapun, masalah PATI ini harus diselesaikan secepat mungkin sebelum jumlah PATI bertambah.
selain PATI, sikap pemimpin yang tidak mempedulikan keadaan pembangunan juga boleh menyumbang kepada pengenalan negeri termiskin bagi negeri Sabah. masih banyak kawasan2 yang masih belum menerima impak kemajuan dari segi pembangunan sepertimana yang telahpun dinikmati oleh negeri2 di Semenanjung.
Diharapkan kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk menurunkan kadar kemiskinan di Sabah.
Kalau dah tahu PATI adalah punca masalah, jadi mahu tunggu apa lagi??? Buatlah apa yang patut!
Tanggani isu PATI dengan bijak. Mmg tak dapat dinafikan isu ni dah jadi penyakit kanser, sukar diubati... namun saya yakin asalkan ada kesungguhan pasti isu ni dapat diselesaikan.
Selain dari kemajuan Sabah, isu PATI juga harus dibendung bagi tujuan keselamatan. Tak selesa langsung kalau ada muka2 PATI menganggu perjalanan... Konon mahu mengurat tapi muka mcm perogol bersiri - perempuan mana juga yang tak rasa takut. huhuhu
Soal Sabah miskin atau kaya tu no komenlah.. Sebab bagi saya Sabah mmg ada kemajuan bah walaupun tak serancak negeri2 lain. Cuma saya harap para pemimpin akan memberi perhatian sepenuhnya terhadap pembangunan negeri dan juga rakyat Sabah.
Soal PATI pula rakyat pun kenalah bagi kerjasama ya... Tolonglah jangan kawin dgn PATI... Mcm di kampung kawan saya, punya ramai kawin dengan PATI.. hairan betul... Semangat nak usir PATI kalahkan ketinggian Gunung Kinabalu, tapi pasangan hidup PATI juga.. alahai!!!!
Apapun,saya yakin Sabah lebih mudah dibangunkan jika masalah PATI selesai.
Memang betul tapi jangan asyik menuding jari kepada pihak lain.
That's right. I don't understand why we are defeated by them.
Memang Sabah kaya dengan ketiadaan mereka namun ingin juga saya mengkritik para pemimpin yang menjanjikan kebahagiaan kita semua di sini namun diabaikan.
Pati telah banyak timbulkan masalah di Sabah. Kerajaan harus iktiar cara mengurangkan jumlah pati di Sabah dalam masa yang singkat.
Ramai rakyat Sabah hidup bergantung pada pati. Tanpa mereka, siapa yang bekerja sebagai pembantu rumah, pembantu kedai, buruh pembinaan, buruh dalam ladang kelapa sawitdll.
Sabah negeri terkaya dengan sumber alam semulajadi tetapi kurang dari segi pengurusan sumber.
Kini Sabah dikatakan negeri termiskin. Sebabnya sangat rumit, kajian terperinci harus diadakan.
entahlah saya tidak yakin Sabah boleh jadi negeri terkaya tanpa PATI..
sampai bila PATI akan kekal di negeri Sabah? well saya anggap senario PATI ni..berkait rapat dengan syurga pekerjaan yang ada di negeri ini terutama dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkilangan. semua pekerjaan tu dianggap rakyat tempatan sebagai pekerjaan low class....so keadaan di negeri sabah sekarang ni ialah...DILUAH MATI BAPA, DILUAH MATI EMAK....
cuma di bandar-bandar utama PATI ada dimana-mana...di Kinabatangan sorry to say lah....banyak Indon yang tiada ic ada tanah sawit yang banyak dan rumah besar mengalahkan orang kampung...buka mata luas-luas bila lawat ke sana...
negeri terkaya dengan hasilnya yang melimpah dah pun diserap oleh lalat-lalat yang tak ingat hari esok untuk rakyatnya...
lagi teruk PATI adalah penghancur rumah tangga bahagia warga tempatan...keluarga Sabah terkaya pun akan jadi papa kedana bila gadis-gadis PATI mula menyengat...
Extremely true.
Macam mana pun, kemiskinan harus dibanteras.
Itu sememangnya diketahui oleh pelbagai pihak, dan usaha untuk free dari PATI tidak pernah terhenti.
Catat Ulasan