HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 November 2010

Abai kemudahan perubatan penduduk Lawas


Tetuan Baru BianOleh Joseph Tawie

KUCHING: Ketua PKR Sarawak Baru Bian mendakwa seorang menteri negeri mengabaikan keperluan perubatan para penduduk kawasannya bagi menumpukan perhatian kepada projek pengindahan "town square" dan "waterfront" Lawas.

"Hospital daerah yang diluluskan pembinaannya telah lama diabaikan. Ia sudah terlalu lama. Sebaliknya, menteri berkenaan memberi tumpuan kepada projek mengindahkan bandar Lawas," katanya.

Beliau merujuk kepada pengumuman Menteri Kedua Pengurusan Sumber Asli dan Perancangan Awang Tengah Ali Hassan baru-baru ini.

Dalam pengumuman itu, menteri berkenaan berkata, fasa pertama projek "town square" melibatkan kos sebanyak RM7 juta dan projek "waterfront" melibatkan kos RM4 juta.

Keutamaan diberi kepada Hotel Seri Malaysia bernilai RM35 juta terletak di "waterfront". Bersebelahan hotel itu ialah pusat membeli belah.

Awang Tengah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Bukit Sari, nama baru bagi kawasan Lawas.

Bian mengalu-alukan cadangan itu tapi mempertikai masa dan keutamaan Awang Tengah.

Beliau menerangkan kerajaan persekutuan tidak dapat meneruskan projek hospital itu kerana kerajaan negeri menawarkan tanah paya untuk projek itu.

"Oleh yang demikian, kerajaan persekutuan sekarang ini terpaksa membina hospital baru di tapak sekarang ini dan ini menyebabkan jabatan perubatan menyewa lot-lot kedai," kata Bian.

Satu lagi isu besar menurut beliau, ialah tidak ada bilik simpanan mayat.

Hospital baru
Bian menyoal sama ada kerajaan negeri akan menunaikan janjinya untuk membina hospital baru untuk 50,000 pesakit di Lawas dan sama ada Awang Tengah merasakan sebuah hotel dan sebuah pusat membeli belah lebih penting dari hospital.

"Ini membawa kita kepada isu yang sebenar," katanya, menambah, "apa keutamaan untuk Lawas?"

Beliau berkata kemudahan asas di sekitar Lawas, seperti hospital, klinik, sekolah dan jalan raya, perlu penambahbaikan.

Beliau merujuk kepada pengumuman baru-baru ini tentang penyiapan sebatang jalan raya berharga RM100 juta yang menghubungkan Lawas dengan Ba’Kelalan dan berkata ia hanya merupakan jalan sementara.

"Sebenarnya, saya pernah melihat surat yang menyatakan bahawa ia hanya ‘jalan sementara’. Dan ‘jalan sementara’ sebenarnya sebuah jalan untuk pembalakan bahawa buat pertama kali dibina oleh Samling."

Samling merupakan sebuah syarikat pembalakan utama yang kontroversi dan dimiliki oleh Yaw Teck Seng, yang dikaitkan sebagai kroni Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud.

"Jadi berjuta-juta ringgit dibelanjakan ke atas jalan raya yang sedia kotor," kata Bian.

Beliau menyoal sama ada pampasan telah dibayar kepada tuan punya tanah kerana jalan itu merentasi tanah mereka.

Bian juga memberitahu bahawa Awang Tengah bercakap mengenai pelancongan dan rancangan kerajaan untuk membangun potensi tanah-tanah tinggi di sekitar Lawas. Tapi Lawas masih menerima nasib janji-janji yang tidak ditunaikan," katanya.

Tiada ulasan: