HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 November 2010

Dr M: Ubah strategi untuk capai Wawasan 2020

BERNAMA

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia perlu mengubah strategi untuk mencapai Wawasan 2020.

Idea lama menarik pelaburan asing langsung tidak boleh lagi diharapkan dan Malaysia perlu memberi tumpuan mengusahakan lebih banyak pelan tindakan untuk menarik pelaburan domestik.

azlan"Bagi mencapai transformasi ini, banyak benda yang perlu dilakukan dalam usaha mencapai kemakmuran dan pendapatan berekonomi tinggi. Kita perlu memikirkan mengenai pelaburan domestik.

"Di Malaysia, kita membenarkan pelabur asing datang ke mari dan mendapat manfaat daripada buruh kos rendah dan subsidi kita, dan sudah tiba masanya untuk kita berubah dan menyokong industri tempatan," kata beliau di Forum Malaysia-Eropah di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata yang insentif boleh diberikan kepada pelabur domestik bagi menarik mereka melabur di dalam negara.

"Kerajaan nampaknya sedar mengenai perkara ini dan telah menyatakan yang industri tempatan akan diberikan bantuan dan sokongan untuk berkembang dan seterusnya menjadi kelas dunia.

NONE"Semasa tahun-tahun pelaburan perindustrian asing, Malaysia telah banyak belajar mengenai pembuatan dan pemasaran seluruh dunia. Dengan sedikit bantuan, industri Malaysia boleh berkembang dan menggantikan pelaburan asing langsung untuk pembangunan ekonomi," tambah beliau.

Melainkan jika peralihan kepada pergantungan ke atas pelaburan domestik disusuli dengan sokongan aktif daripada kerajaan, terdapat segala kemungkinan untuk pendapatan Malaysia cukup tinggi bagi mencapai sasaran Wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah negara maju, kata beliau.


18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita perlu mengatur semula strategi untuk mencapai wawasan 2020.

Tanpa Nama berkata...

negara perlu sentiasa mempunyai kemampuan dan daya saing yang tinggi bagi membolehkan negara mencapai wawasan 2020.

Tanpa Nama berkata...

strategi yang sesuai juga perlu diatur bagi membolehkan negara mencapai sasaran yang ditetapkan. semoga negara kita akan mencapai kejayaan yang diharapkan.

Leo berkata...

Memang patut strategi untuk mencapai wawasan 2020 perlu diubah kerana ia dah lapuk.

Leo berkata...

Semoga Malaysia berjaya mencapai wawasan 2020 nanti.

Unknown berkata...

Mungkin ini satu cadangan yang baik dari Dr M. Apa pun kerajaan harus memikirkannya semula.

Bujang Senang berkata...

semoga Malaysia mampu melakukannya..Kami akan memberikan sokongan kepada kerajaan untuk menjadikan wawasan 2020 ini jadi kenyataan.

nickko berkata...

pandangan Dr M sebagai seorang yang mempunyai banyak pengalaman wajar dipertimbangkan.

mandau berkata...

wawasan 2020 adalah impian seluruh rakyat malaysia, kita harus berusaha untuk mencapainya.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan kerajaan Malaysia boleh mendapatkan strategi yang betul untuk mencapai wawasan 2020.

Anak Sabah berkata...

Perubahan mengikut masa juga diperlukan supaya kekal relevan dan tidak ketinggalan Zaman.

Paquin berkata...

Jika strategi harus diatur, aturlah sebaik mungkin :)

Paquin berkata...

Pastikan wawasan 2020 berjaya dicapai.

kb girl berkata...

Nasihat dan pandangan dari bekas pm itu bernas dan perlu dikaji.

Unknown berkata...

Strategi harus dikaji sentiasa mengikut perubahan zaman.

Antanum berkata...

Idea yang bagus dan boleh di usahakan bermula dari hari ini.

gambir berkata...

Malaysia perlu memberi tumpuan untuk mengusahakan lebih banyak pelan tindakan untuk menarik pelaburan domestik.

gambir berkata...

Memberi pelbagai insentif kepada pelabur domestik mampu menarik minat mereka untuk terus melabur di negara ini.