HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 November 2010

PAS Perak kesal tidak dibenar hadiri sidang Dun

Johari Jaafar

IPOH: PAS Negeri Perak Perak kesal dengan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) yang tidak memberikan kebenaran untuk mengikuti persidangan esok.

Ini sekaligus menafikan hak kepada PAS Perak untuk menjadi pemerhati ke persidangan Dun berkenaan, kata Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Misbahul Munir Masduki ketika ditemui di pejabat PAS negeri, di sini hari ini.

Menurut beliau, PAS Perak telah memohon kepada setiausaha dewan untuk menghantar wakil sebagai pemerhati tetapi hingga hari ini tidak mendapat jawapan daripada pihak Speaker.

Selain dari PAS negeri, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan PAS kawasan-kawasan difahamkan telah menghantar surat memohon mendapat kebenaran mengikuti sidang Dun esok.

"Kita sungguh kesal dengan tindakan ini, sedangkan sewaktu Pakatan Rakyat menerintah negeri ini, semua pihak diberikan kebebaran untuk mengikuti sidang Dun.

"Ini menunjukkan kerajaan BN sekarang tidak mahu maklumat tentang sidang Dun diketahui umum, sekaligus menyekat kebebasan rakyat untuk mendapatkan maklumat," katanya.

Tiada ulasan: