HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 November 2010

Keahlian dibatal, bantuan disekat bagi nelayan seleweng diesel

BERNAMA

KUANTAN: Nelayan yang didapati bersalah melakukan penyelewengan diesel bersubsidi akan dibatalkan keahlian mereka serta-merta dan disekat daripada menerima sebarang bantuan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata sebelum ini pihaknya turut mengambil beberapa tindakan terhadap nelayan yang menyalahgunakan diesel subsidi yang diberikan kepada mereka.

"Kita telah mengambil tindakan seperti menggantung lesen pam minyak dan sekiranya mereka masih melakukan penyelewengan dan didapati bersalah, mereka akan dilucutkan keahlian dan digantung daripada menerima sebarang bentuk bantuan termasuk elaun sara hidup," katanya selepas melancarkan Logo Kelulusan Untuk Mengeksport Ikan Dan Hasilan Ikan ke EU (Kesatuan Eropah) bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di sini, hari ini.

Noh berkata, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membanteras kes penyelewengan diesel amat dialu-alukan kerana mereka mempunyai kuasa yang khusus.

"Saya harap lebih banyak lagi tangkapan dibuat selepas ini kerana penyelewengan ini menyebabkan kerajaan menanggung kerugian jutaan ringgit," katanya

Tiada ulasan: