HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 November 2010

PASPORT TERBANG DI LABUAN?

ANTI KARAOKE

ASSALAMULAIKUM dan Salam 1 Malaysia, kami berharap pihak berkuasa iaitu Ketua Polis Negara, SPRM dan Menteri Dalam Negeri dapat menjalankan siasatan terhadap Isu Pasport Terbang, GRO dan Perjudian haram.

Terdapat ramai perempuan Filipina yang bekerja sebagai GRO di Pusat Hiburan Labuan membayar sindiket atau pekerja express feri untuk mendapatkan Cop daripada Imigresen Brunei. Ini bermakna bahawa GRO di Labuan tidak perlu pergi sendiri ke Brunei untuk mendapatkan Cop Imigresen Brunei. Kami percaya sindiket tersebut di atas bersubahat dengan Pegawai Imigresen Labuan untuk Cop keluar saja.

Kemungkinan besar sindiket atau pekerja feri langsung tidak pernah pergi ke Imigresen Brunei dan mereka mengunakan Cop Imigresen Brunei yang dibuat sendiri untuk mengecop pasport GRO tanpa disedari oleh pihak berkuasa Imigresen Brunei dan pihak berkuasa lain di Labuan.

Kami percaya bahawa ada sindiket berbuat demikian dalam masa yang agak lama tanpa pengetahuan pihak Imigresen Brunei dan pihak pegawai atasan imigresen Malaysia selama ini. Kami fikir imigresen Malaysia selama ini tidak pernah berbicang, merujuk dan mendapat pengesahan daripada pihak Imigresen Brunei tentang pasport atau pas lawatan GRO dari Labuan.

Taktik terbaru apabila pasport GRO telah dicop beberapa kali di Imigresen Brunei, GRO seharusnya kembali ke negara asal mereka, namun mereka tidak balik ke negara asal mereka malahan mereka beralih mendapatkan cop imigresen daripada Limbang yg membolehkan mereka terus berada di Labuan.

Adakah Limbang dan Labuan merupakan sebahagian daripada Malaysia? Kenapa apabila pasport mereka ditolak oleh pihak Imigresen Brunei kerana terlalu banyak cop ‘keluar masuk’ ke Brunei dan hanya transit dan kini GRO pula beralih ke Limbang untuk mendapatkan Cop Imigresen daripada Limbang yang membolehkan mereka (GRO) kekal berada di Labuan. Mungkin Imigresen Limbang pun senang ‘dikautim’?.

Sebuah pusat hiburan yang kecil (sebuah kedai) di Labuan ada 25 hingga 40 GRO dan untuk dua lot kedai seperti King Karaoke, Manila Cafe, Strawberry Karaoke, Tip Top Karaoke, Pop In, Havana Karaoke ada 40 hingga 80 GRO. Adakah tauke pusat hiburan tersebut akan bayar levi sebanyak RM2,000 untuk tempoh 6 bulan bagi setiap GRO? Kita cuma kira 30 GRO x 6 premis karaoke sahaja sudah ada 180 orang dan tidak kira sampai 80 orang bagi setiap Karaoke. Kita minta SPRM periksa di Imigresen Labuan berapa jumlah GRO yang bayar levi dalam masa enam bulan lalui mulai Jun hingga November 2010. Kalau sebuah pusat hiburan ada 40 GRO x RM2,000 = RM80,000 dan periksa mana satu pusat hiburan pernah membayar jumlah begitu besar untuk tempoh enam bulan dan Labuan kini ada 43 pusat hiburan. Tauke pusat hiburan di Labuan hanya salahguna permit pelayan (waitress) untuk menjalankan kegiatan maksiat berlesen.

Pelanggan hanya bayar RM250-RM300 untuk semalam perkhidmatan sebelum jam 12 tengah malam dan jika tidak pelanggan terpaksa belanja GRO segelas Ladies drink (beer) dengan harga RM28 sebelum Mummy karaoke melepaskan GRO di bawah jagaannya mengikut pelanggan ke hotel.

Dua hari yang lalu di internet dan suratkhabar menyatakan Malaysia sudah kritikal kerana sudah banyak wanita Malaysia terjangkit Virus HIV dari suami dan teman lelakinya. Di sini kita lihat kerajaan pula melonggarkan undang-undang untuk tauke karaoke menjalankan aktiviti pelacuran berlesen.

Walaupun Labuan adalah sebuah pulau yang kecil tetapi banyak aktiviti haram beroperasi di tengah bandar seperti 4 ekor haram, mesin slot haram dan judi di tempat terbuka. Apakah pihak berkuasa tempatan tuli dan tidur?.

Kami berharap agar Ketua Polis Negara yang baru ini akan arah PGA atau FRU bersama pegawai tatatertib turun ke Labuan dan hapus semua kegiatan haram yg beroperasi bertahun di Labuan dan setiap kali serbuan oleh pihak berkuasa tempatan cuma ‘Ops Tayang’ sahaja.

Pusat hiburan beroperasi sehingga jam empat atau lima pagi dan Perbadanan Labuan hanya keluar saman RM100 sahaja. Kami juga difahamkan daripada pelanggan jika mahu mengambil pil khayal atau pil kuda, cuma beritahu ‘waiter’ karaoke mahu ‘special drink’ dan hanya pelanggan yang sentiasa mengunjungi karaoke tersebut akan diberi minuman khas yang ada pil dengan harga istimewa juga. Sepatutnya pihak berkuasa tempatan harus tahu perkara ini kerana Labuan hanya sebuah pulau kecil. Macam mana pegawai penguatkuasa di Labuan mahu bekerja di daerah besar ketika ditukar kelak? Sepatutnya tindakan membatal lesen diambil bukan hanya kompoun RM100 yang boleh dibayar seperti membuang air kecil ditandas!

Kami sebagai warganegara yang bertanggungjawab serta cintakan negara ini ingin tahu kenapa perkara sebegini boleh berlaku dan pihak berkuasa langsung tidak ambil peduli atau mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang terlibat dalam perbuatan ini.

29 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Kes ini perlu disiasat dan diharapkan pengkhianat yang terlibat akan dikenakan hukuman yang berat.

mandau berkata...

hal ini perlu diambil tindakan serius, kita tak boleh biarkan perkara terus berleluasa.

joey berkata...

harap pekara ini dapat diambil perhatian bagi mengetahui kesahihan apa yang tertulis dalam artikel ini.

joey berkata...

tidak tahu lagi pekara ini benar-benar berlaku atau tidak. namun, jika benar tindakan tegas perlu diambil.

Unknown berkata...

Saya rasa masalah ini dari dulu lagi, kenapa masih belum ada tindakan serius dibuat?

Unknown berkata...

Betul, ini memang menjadi tanda tanya bagi kita. Macammana GRO boleh berleluasa di Labuan. Semakin hari semakin bertambah dan bukannya berkurangan..

Unknown berkata...

Memang SPRM dan pihak berkuasa perlu menyiasat disini adakah unsur rasuah atau apa yang dikatakan dalam artikel ini. Jangan sampai perkara ini semakin menjadi-jadi. Kita harus menghalangnya. SPRM jangan duduk diam saja.

Sanih Alias berkata...

Kes ini perlu di siasat habis-habisan. Ini akan boleh merugikan kawasan tersebut. Adakah mereka akan membayar levi kepapa kerajaan??GRO ramai di labuan, mereka senang keluar dan masuk labuan dan ini mesti ada orang yang menguruskan semua ini. semoga orang itu akan tertangkap nanti.

Tanpa Nama berkata...

sindiket seperti ini perlu dibanteras hingga ke akar umbi.

maya berkata...

Perkara ini seharusnya dipandang serius oleh pihak2 tertentu.

maya berkata...

Ketua Polis Negara, SPRM dan Menteri Dalam Negeri diharapkan dapat menjalankan siasatan terhadap Isu Pasport Terbang dari terus berleluasa di negari ini.

maya berkata...

Harap perkara ini tidak akan berlaku lagi. Nampak sangat kemasukan warga asing ke negeri ini dengan mudah. Sepatutnya warga asing yang masuk ke negeri ini mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan, janganlah masuk secara haram ataupun secara rasuah.

maya berkata...

pasport terbang di Labuan seperti apa yang dilaporkan ini akan menjejaskan nama Malaysia di mata dunia. harap kegiatan sindikit tersebut dapat dibenteras segera.

maya berkata...

Saya tidak percaya yang kerajaan melonggarkan undang-undang untuk tauke karaoke bagi menjalankan aktiviti pelacuran berlesen. Kita tidak akan dapat menghalang kegiatan ini, cuma kita hanya boleh tegakkan undang-undang untuk tindakan selanjutnya.

amy berkata...

Mungkin perlu bantuan polis dari luar kerana bimbang pihak polis disana juga merupakan dalang-dalang masalah ini.

Paquin berkata...

Hebat oo ni penulis, dia tahu semua.. Good2... Boleh jadi polis sudah ni:P

Paquin berkata...

Mmg tak dinafikan GRO berleluasa di Labuan. Tapi nak salahkan siapa??? GRO tu makin berleluasa sbb dapat peluang dari manusia yg palui... lebih pentindkan diri sendiri tanpa memikirkan kesannya pada negara. huhu

Paquin berkata...

Hal ni harus diberi perhatian jangan dibiarkan saja nanti tambah teruk pula.

Paquin berkata...

Tapi saya rasa hal ni tak berlaku kalau pihak berkuasa yang ada autoriti jaga pintu masuk, cop2 dan yg sama maksud dengannya menjalankan tugas dgn amanh. huhu

Paquin berkata...

Apapun saya harap hal ni dapat diselesaikan secepat mungkin. Kepada semua pihak jalankan tanggujawab anda sebaik mungkin.

kb girl berkata...

Pemulis berani memdedahkan banyak maklumat dalam artikal ini, sprm sudah boleh membuka file siasatan atas tuduhan ini.

Unknown berkata...

Ini pakara mustahil. Tetapi ada kemungkinan.Dari polis, imigresen

Unknown berkata...

ANEH..ANEH. TAK PERLU KELUAR DARI MALAYSIA TAPI DAPAT COP NEGARA bRUINEL

Unknown berkata...

Ramai betul gro di Labuan. Pulau kecil, tetapi ramai gadis yang cari makan sana.

nickko berkata...

apa gunanya pihak berkuasa tempatan dibayar gaji jika tidak bertindak sesuai dengan tanggungjawab mereka. sampai bila media terus mendedahkan kelemahan pihak berkuasa Labuan dalam menangani masalah ini? isu ini telah lama didedahkan tapi sehingga hari ini pihak berkuasa masih membutakan mata.

nickko berkata...

bagaimana rakyat mahu meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan mereka dan negara jika masalah seperti ini terus berlarutan tanpa ada tindakan tegas dari pihak berkuasa. atau mungkin ada dikalangan mereka yang terlibat melindunggi aktiviti ini semata2 untuk mendapatkan habuan atau ganjaran.

nickko berkata...

saya harap ketua polis negara dan sprm memandang serius perkara ini kerana kesannya boleh menjejaskan imej mereka dan bakal memberi ancaman kepada negara.. jangan sampai orang luar meremehkan tugas2 polis di negara ini atau menggambarkan polis Malaysia mudah dibeli dengan wang ringgit.

Antanum berkata...

Haaa isu ini hangat diperkatakan, saya percaya telah ada usaha dalam membenteras gejala yang tidak sihat ini. Jika pihak berkuasa melaporkan secara terbuka usaha dan operasi yang mereka lakukan saya percaya usaha mereka hanya sia2. Oleh itu segala yang mereka lakukan adalah rahsia.

POP berkata...

Saya tak ingin memikir apa yang akan berlaku jika ini berlaku berterusan.