Hazayani Zakaria |
PETALING JAYA: Demi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 kelak, calon PKR khususnya dari kalangan Wanita harus benar-benar berkualiti tidak kira sama ada di peringkat ranting, cabang, MPWP mahupun MPP. “Dan langkah ini perlu bermula dari sekarang,” kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Wanita tahunan kali ke-7 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini. Justeru, katanya latihan dan bengkel akan dipergiatkan bagi melatih dan menyediakan jentera Wanita yang terlatih untuk menghadapi PRU kelak. “Perancangan awal adalah penting bagi memastikan peluang kemenangan kita terjamin,” tegasnya. Tambahnya, tema ‘Subur Demokrasi Tujah Inovasi’ menjadi taruhan kongres wanita pada tahun ini merujuk kepada fasa peralihan dari perjuangan reformasi Keadilan sejak 1998, beralih kepada kesuburan demokrasi selepas tsunami 2008. Seterusnya, kata beliau menuju ke arah gerbang inovasi sebagai matlamat masa hadapan buat kelangsungan PKR sebagai parti yang terus relevan di masa hadapan. “Maka, ucapan dasar ini bolehlah dianggap satu kesimpulan kepada satu evolusi pemikiran, pemahaman dan penterjemahan gerak kerja politik Wanita Keadilan yang dijana sepanjang 12 tahun ini,” ujarnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang turut menyentuh mengenai pemilihan kepimpinan tahun ini. “Setelah bermacam getir dan warna-warni Pemilihan 2010 yang berlangsung baru-baru ini, pemilihan kali ini boleh dianggap berjaya,“ katanya. Ini kerana, katanya dalam usia parti yang masih muda, dengan keterbatasan kewangan dan kekurangan tenaga serta infrastruktur, nyata bukan penghalang kepada impian tulus parti untuk menyuburkan demokrasi. Menurutnya, itulah bukti laungan demokrasi ‘satu anggota satu undi’. Sehubungan itu, beliau menggesa agar Pejabat Komunikasi dan Penerangan Keadilan harus lebih proaktif dan tegas dalam menangani atau membuat sebarang kenyataan untuk mempertahankan imej parti. Pemimpin Muslimat PAS Pusat yang turut hadir dalam kongres itu ialah pengarah pilihan raya dan ahli jawatankuasa, Dr Siti Mariah Mahmud dan Aiman Athirah Al-Jundi. |
HALAMAN SANTAI
Ahad, 28 November 2010
Calon Wanita PKR harus benar-benar berkualiti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan