HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 November 2010

"Bangunan Parlimen perlu ubahsuai keseluruhan," Shaziman


Parlimen_MalaysiaOleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya memberi jaminan bahawa bangunan Parlimen selamat untuk digunakan tetapi pihaknya akan membuat cadangan untuk melakukan ubahsuai keseluruhan bangunan kepada Jemaah Menteri.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat bumbung dewan makan ahli parlimen petang ini, Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, cadangan itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu lagi.

"Sebelum ini ubahsuai yang kita lakukan hanya di tempat yang berlaku kerosakan (kebocoran). Memandangkan bangunan Parlimen sudah berumur 47 tahun maka ubahsuai secara menyeluruh mesti dibuat.

"Tetapi untuk membuat ubahsuai semuanya, dewan persidangan terpaksa dipindahkan ke dewan di luar bangunan Parlimen," katanya.

Semalam, beliau melawat atap bangunan Parlimen yang bocor akibat hujan yang lebat.

Bagaimanapun, menteri kerja raya itu tidak dapat memberitahu jumlah kos yang diperlukan untuk membaik pulih secara keseluruhan bangunan Parlimen tetapi akan dimaklumkan setelah dibincang dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

"Bangunan ini telah melalui beberapa kali pengubahsuaian menyebabkan kebocoran berlaku melalui sambungan di kawasan berkenaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat pemeriksaan setiap kali hujan. Menurutnya, pada mula kebocoran itu disebabkan oleh saluran air tetapi setelah diperiksa ia berpunca daripada pelbagai faktor setelah hujan lebat.

Tiada ulasan: