KENINGAU KINI
KENINGAU: Lebih 1,000 penduduk di tiga buah kampung iaitu Kg. Lintuhun Baru, Kg. Namadan Baru dan Kg. Bambangan Baru merayu kepada kerajaan agar menaik taraf jalan raya utama menuju ke simpang Batu 16, yang kini rosak teruk dan sukar dilalui oleh kenderaan.
Jurucakap penduduk Henry Judy Kusop berkata, berikutan kerosakan jalan raya itu menyulitkan penduduk kampung apabila keluar berurusan ke pekan untuk memasarkan hasil tanaman mereka sama ada di Keningau.
Katanya, penduduk terpaksa berhempas pulas menarik dan menyurung membantu pergerakan kenderaan yang sukar melalui jalan licin.
“Itulah alternatif yang dibaut oleh penduduk kerana tiada pilihan lain selian bermandi dengan apabila keluar ke pekan untuk memasarkan hasil pertanian dan mendapat keperluan harian” kata Judy kepada New Sabah Times di sini kelmarin.
Judy berkata, selain penduduk kampung yang mengalami masalah, warga pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Lintuhun turut mengalami masalah itu.
Katanya, guru-guru sukar membawa keperluan mereka dan peralatan sekolah juga sukar dibawa masuk kerana kenderaan pengangkutan awam enggan masuk di kawasan itu.
Amat menyedihkan lagi katanya, apabila ada penduduk yang sakit tenat dan memerlukan rawatan di hospital Keningau tidak dapat dibawa keluar dengan cepat.
Seorang lagi penduduk Isim Gamurong berkata, penduduk kampung terpaksa membawa cangkul semasa menumpang kenderaan apabila keluar ke pekan.
Katanya, mereka berbuat demikian untuk mengeluarkan takungan air dan lumpur yang menyebabkan kenderaan sukar melalui jalan raya yang licin dan berlumpur.
Beliau memberitahu, bukan setakat membawa cangkul tetapi terpaksa membawa dua pasang pakaian kerana jika pakaian mereka terpalit dengan lumpur mereka menukarnya sebelum meneruskan perjalanan ke pekan.
Dalam masa yang sama Isim mencadangkan, jika jalan raya menuju ke simpang Batu 16 itu sukar dinaiktaraf, terdapat jalan alternatif yang boleh dinaiktaraf iaitu dari SK. Lintuhun ke simpang Batu 18.
Pada bulan Oktober lepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook Datuk Ellron Alfred Angin sudah meninjau jalan raya itu dan meminta kerajaan melalui jabatan-jabatan yang berkenaan agar menyalurkan segera peruntukan menaiktaraf jalan raya ke Kg. Lintuhun Baru dan sekitarnya yang kini rosak teruk.
Katanya, permohonan untuk menaiktaraf jalan raya itu telah dikemukakan dua tahun yang lalu namun belum ada tindakan yang diambil oleh pihak yang berkenaan.
Ellron yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, sebagai ADUN di kawasan Sook beliau telah berjumpa dengan pihak-pihak yang berkenaan namun belum ada tindakan yang diambil.
26 ulasan:
diharapkan jalan tersebut akan dibaiki. ini bagi mengatasi kesulitan yang dialami oleh penduduk di kawasan berkenaan.
jalan tersebut perlu dibaiki bagi kemudahan penduduk.
pihak JKR perlu berusaha untuk membaiki jalan tersebut kerana ianya digunakan oleh penduduk untuk berurusan ke pekan bagi memasarkan hasil tanaman mereka.
Pihak JKR harus mengambil tindakkan, Kita mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini berlaku nanti.
kesulitan amat disesali. Oleh itu JKR harus bertindak dengan cepat untuk menangani masalah ini.
MP-MP tempatan patut memperjuangkan suara hati dan keperluan rakyat.
jalan yang rosak perlu diperbaiki bagi memudahkan penduduk dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.
Ini sepatutnya tanggungjawab JKR untuk baiki jalan rosak.
Diharapkan JRK akan bertindak segera untuk membaik jalan rosak tersebut.
mungkin pemimpin2 yang ada pada hari ini tidak pernah merasai kesulitan seperti yang sedang dihadapi oleh 1000 penduduk dari tiga kampung berkenaan. sekali sekala mereka perlu merasainya supaya mereka lebih faham apa maksud penderitaan. permohonan telah dibuat, tapi kenapa selepas 2 tahun masih belum ada tindakan?
lebih2 lagi Sabah sedang mengalami musim hujan yang sudah tentu amat menyulitkan mereka untuk melakukan kerja2 harian mereka. saya harap pendedahan melalui media ini cukup untuk menggerakkan pihak2 yang bertanggungjawab turun melihat kampung tersebut sekaligus melaksanakan tindakan penyelesaian seperti yang diminta oleh penduduk.
Rayuan tersebut harus disahut pemimpin.
Road issues seem to arise nowadays. Why should we do?
Banyak betul isu jalan raya rosak timbul kebelakangan ni.
Ya joey. Para penduduk takkan bising jika jalan tu tak meyulitkan kehidupan harian mereka.
Betul shazla. JKR harus baiki jalan itu sebelum masalah buruk seperti kemalangan jiwa berlaku.
Setuju Velove. Rayuan para penduduk harus didengar dan bukannya dibiarkan saja.
Semoga setiap jalan yang bermasalah dapat dinaiktaraf demi keselesaan para pengguna jalan.
Lagi cerita serupa. Pengaduan dari 1000 orang penduduk kampung.
Mereka jelas telah diabaikan.
Zaman sekarang banyak sumber maklumat dan boleh didapati dalam sekelip mata tidak kira dari mana kita berada.
Ini kewajipan JKR, mereka gagal menjalankan tugas mereka, orang yang bertanggungjawap harus dipecatkan.
Sampai bila pekara begini akan tamat?
Masalah sebegini sering menghantui penduduk di Sabah ini.
1,000 folks is not a small number dude.
Jangan jadikan masalah ini sebagai satu kudis baru.
Waa sampai 3 kampung? Bagus! Kita belajar dari pengalaman. Jika hanya beberapa orang sahaja yang merayu maka proses untuk mencapai apa yang dihajatkan sangat lambat, jika ramai yang merayu dan dilakukan juga di media2 maka saya fikir tidak lama lagi akan ada usaha untuk memperbaiki jalan tersebut.
Catat Ulasan