HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 November 2010

32 peratus wanita isi kerusi Pimpinan PKR Pusat 2010/2013


pemilihan 2010Oleh Jamilah Kamarudin

PETALING JAYA: Usaha Parti Keadilan Rakyat memartabatkan wanita mula menampakkan hasil apabila pengumuman keputusan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan 32 peratus daripadanya adalah golongan wanita.

Dengan mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden, dua daripada empat jawatan Naib Presiden pula dimenangi anak sulungnya Nurul Izzah Anwar dengan peratusan tertinggi sebanyak 13,211 manakala Pengarah Strategi PKR Fuziah Salleh memenanginya dengan jumlah undi 8,927.

Keputusan Timbalan Presiden pula tidak menunjukkan sebarang kejutan apabila Azmin Ali diumumkan memenangi jawatan tersebut dengan jumlah undi 19,543 sekaligus mengenepikan pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub.

Manakala empat daripada 20 kekosongan jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat diisi oleh Elizabeth Wong, Haniza Talha, Siti Aishah, Latheefa Koya, Christina Liew

Keputusan rasmi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010/2013

Presiden: Wan Azizah Wan Ismail (menang tanpa bertanding)

Timbalan: Mohamed Azmin Ali-19,543

Naib Presiden: Nurul Izzah Anwar-13,211
Tian Chua-11,744
Fuziah Salleh-8,927
Mansor Othman-8,576

Ahli Majlis Pimpinan Pusat:
Elizabeth Wong-10,897
Badrul Amin-9,672
Hee Loy Sian-8,473
Khalid Jaafar-7,889
Johari Abdul-7,719
Abdul Rahman Yusof-7,719
Haniza Talha-7,588
Fariz Musa-7,511
Zakaria Abdul Hamid-7,170
Roland Chia Ming Shen-7,095
Siti Aishah Shaik Ismail-6,876
Ismail Yusop-6,332
Latheefa Koya-6,242
Kesavan Subramaniam-6,139
Shuhaimi Shafiei-6,095
M R Summugam (Shan)-5,964
Yusmadi Yusoff-5,810
S Manikumar-5,789
Mustafa Kamal Yusoff-5,745
Christina Liew-5,707

Tiada ulasan: