HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 November 2010

ELAUN RM800 UNTUK KK YANG SAH?

SABAH KINI

MERUJUK kepada laporan Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini yang memberitahu Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah melalui Menterinya, Datuk Hajiji Haji Noor akan mengemukakan kertas cadangan kepada kabinet tentang penyelarasan elaun yang melibatkan Ketua Kampung (KK) termasuklah Ketua Daerah (OKK), Ketua Anak Negeri (KAN) dan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) di Sabah amatlah wajar demi menghargai perkhidmatan pemimpin tempatan yang terlibat.

Meskipun demikian, elaun Ketua Kampung (KK) yang akan dinaikkan kepada RM800. sebulan bermula Januari tahun depan sebagaimana dalam Bajet 2011 bagi Kerajaan Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya juga melibatkan Ketua Kampung di Sabah yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM450 sebulan.

Sehubungan dengan perubahan elaun itu yang akan mengakibatkan pengunaan banyak wang rakyat, maka adalah dicadangkan kepada kerajaan melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri yang menyediakan kertas cadangan itu agar menentukan syarat-syarat dan kelayakan terhadap penjawat jawatan itu termasuklah menetapkan sebuah kampung untuk seorang Ketua Kampung termasuklah berapa bilangan penduduk yang layak mendapat khidmat Ketua Kampung (KK).

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya amat berdukacita dengan dakwaan seorang Ahli Jawatankuasa Umno Tuaran, Marsah Muyong yang menyatakan pada masa ini terdapatnya perlantikan Tiga (3) Ketua Kampung di sebuah Kampung di Kawasan Sulaman yang tidakpun mempunyai bilangan penduduk yang ramai dan disebut juga di Sulaman tiada Kampung tetapi ada Ketua Kampung seperti Lok Rantis (Perumahan Laya-laya), Paka (Kg Sabandar), Bambangan (Kg Bolong Baru) dan lain-lain lagi

Jika dakwaan itu benar, maka dalam rangka menyediakan kertas cadangan dan penyelarasan elaun ini ianya akan dapat dikaji semula dan adalah wajar pengurangan Ketua Kampung berlebihan itu untuk menjimatkan wang kerajaan yang hanya untuk perlantikan seorang Ketua Kampung untuk sebuah kampung.

Sehubungan dengan pengubahsuaian elaun Ketua Kampung di Sabah, saya berharap Ketua Menteri, Datuk Musa Aman akan menyiasat dakwan serius perlantikan Ketua Kampung yang telah dilakukan menteri berkenaan dengan sesuka hati demi kepentingan politik yang juga dianggap telah melakukan salah kuasa.

ANAK BUAH KETUA KAMPUNG DI SULAMAN

37 ulasan:

azman berkata...

elaun RM800 merupakan berita baik kepada KK...ini diharapkan akan meningkatkan lagi semangat para KK untuk menjalankan tugas mereka.

azman berkata...

diharapkan selepas ini KK akan menjalankan tugas mereka dengan lebih gigih dan prihatin.

Mohd Ishak berkata...

Tahniah kepada semua Ketua-ketua ini kerana mendapat kenaikan elaun.

Mohd Ishak berkata...

Saya berharap semua ketua-ketua ini akan kuatkan usaha untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing selepas ini.

Logop berkata...

Satu berita yang baik untuk KK. Diharapkan selepas ini mereka akan meningkatkan lagi prestasi mereka.

tombolo berkata...

kemaikan elaun kenalah selaras dgn kenaikan mutu kerja ketua kampung.

Tanpa Nama berkata...

Ketua kampung harus bersemangat untuk menjalankan kerja setelah kerajaan memberikan berita gembira kepada mereka dengan elaun kenaikan kepada RM800.

nickko berkata...

semua ketua kampung yang telah melakukan tanggungjawab mereka dengan baik wajar menikmati penyelarasan elaun tersebut. isu penggunaan wang rakyat yang terlalu banyak tidak patut ditimbulkan di sini kerana tujuannya juga untuk rakyat.

mandau berkata...

satu berita baik kepada ketua kampung, harap Ketua kampung akan melaksanakan tanggungjawab mereka dgn lebih baik.

Bujang Senang berkata...

Siapa ketua kampung yang Sah memang layak untuk menerima RM800 sebagai elaun mereka. Ketua kampung haruslah menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka.

Brendan berkata...

Salam ar risalah..

bagi sya, siasat dulu sama ada mereka2 ini benar2 ketua kampung atau cuma berpura2 menjadi ketua kampung...

tahu la sekarang ni orang boleh buat apa saja untuk mendapatkan wang...

satu tindakan yg baik oleh kerajaan negeri menaikkan elaun ketua kampung selaras dengan apa yg telah dibuat di Semenanjung...

Antanum berkata...

Berita baik, tapi bila ada kenaikkan, jadikan ini sebagai batu loncatan untuk lebih bekerja keras demi untuk kebaikkan bersama.

Velove berkata...

Saya rasa ' sah ' itu merujuk kepada penyokong BN.

Paquin berkata...

ELAUN RM800 UNTUK KK YANG SAH? Napa ada KK yang tak sah ka??? hehehe

Paquin berkata...

Berita ni sememanganya berita yang mengembirakan KK :)

Paquin berkata...

Ya azman. Harap melalui elaun ini, KK akan berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

Paquin berkata...

Kalau boleh pihak2 yang ada autoriti rajin2lah buat pemantauan bagi memastikan KK menjalankan kerja mereka selari dengan elaun yang diberi. hehe

Paquin berkata...

Setuju Antanum. Jadikan hal ni sebagai batu loncatan utk menunjukkan prestasi yang cemerlang!

langsat berkata...

kenaikan elaun rm800 sepatutnya terpakai di seluruh m'sia. kenapa pulak sabah tidak dapat sedangkan SM dapat? pelantikan secara sah sebagai KK tidak kira kampung ada penduduk kecil atau besar sepatutnya layak mendapat elaun RM800 sebulan. adakah nak pecahkan pulak ke penolong ketua kampung dan KK? so bagilah pada yang layak dan sepatutnya agar tidak menimbulkan kemarahan rakyat!

langsat berkata...

rm800 elaun tu bukannya banyak besar dengan keadaan sekarang ni yang serba mahal. kenapa pula nak persoalkan? kan tu duit kerajaan dan ia sebagai tanda pihak kerajaan mengucapkan terima kasih kepada rakyat dengan kenaikan elaun tersebut. apa masalahnya dengan elaun rm800 tu? yang bayar cukai tu adalah semuanya orang yang berkemampuan dengan gaji tinggi...cukai tetap cukai...elaun KK biarlah diberikan kepada yang layak..

gambir berkata...

adalah lebih baik perkara ni dibincangkan dengan tidak menyinggung mana-mana pihak....dah diumumkan pun dan disahkan. kenapa nak pertikai lagi?

gambir berkata...

cuma pendapat saya, KK kenalah jalankan tanggungjawab dengan baik dan pantau-pantaulah orang asing yang cuba-cuba nak masuk kampung anda..jangan pula senang terbeli dengan rasuah dan pujuk rayu pendatang yang cuba nak beli kerakyatan. maksud saya, siapa boleh jamin anak mereka? saya dengar-dengar...ramai KK yang salah guna kuasa

gambir berkata...

KK harus laksanakan tugas dengan baik dan harap elaun rm800 tu terpakai di seluruh m'sia dan bukan di SM saja

Tanpa Nama berkata...

"Sehubungan dengan pengubahsuaian elaun Ketua Kampung di Sabah, saya berharap Ketua Menteri, Datuk Musa Aman akan menyiasat dakwan serius perlantikan Ketua Kampung yang telah dilakukan menteri berkenaan dengan sesuka hati demi kepentingan politik yang juga dianggap telah melakukan salah kuasa".

harus disiasat siapa yang terlibat dalam isu ini..

Tanpa Nama berkata...

memang wajar elaun KK diseragamkan dan diselaraskan..konsep gagasan 1Malaysia harus diterjemah dalam apa jua keputusan dan tindakan kerajaan dengan tidak membeza-bezakan antara kawasan dsbgnya..

Tanpa Nama berkata...

"Sehubungan dengan perubahan elaun itu yang akan mengakibatkan pengunaan banyak wang rakyat, maka adalah dicadangkan kepada kerajaan melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri yang menyediakan kertas cadangan itu agar menentukan syarat-syarat dan kelayakan terhadap penjawat jawatan itu termasuklah menetapkan sebuah kampung untuk seorang Ketua Kampung termasuklah berapa bilangan penduduk yang layak mendapat khidmat Ketua Kampung (KK)".

cadangan yang baik..mungkin harus dipertimbangkan oleh kerajaan..cadangan dari akar umbi tidak bererti remeh..

Tanpa Nama berkata...

diharap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan penyeragaman elaun KK dan juga jawatan2 awam lain selaras dengan konsep gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Unknown berkata...

Penyelarasan elaun untuk ketua kampung di Sabah adalah wajar mengikut langkah Semenanjung.

kb girl berkata...

Hairan jika tiada kampung tetapi ada orang yang jadi ketua kampung.

Unknown berkata...

Ketua kampung layak diberi elaun yang sewajar dengan tugas yang mereka pikul.

Unknown berkata...

Belanja harian melamgung tinggi, tidak adil jika elaun kk di Sabah tidak dinaikan mengikut apa yang dinikmati oleh rakan sejawat mereka di Semenanjung sana.

captain berkata...

Tahniah kepada ketua kampung yang dapat kenaikan elaun. Sebagai penghargaan terhadap kenaikan tersebut, jalankan tugas dengan sebaik yang mungkin.

Unknown berkata...

Satu penipuan berlaku jika ada orang mendapat elaun kk malah bukan seorang kk.

Anak Sabah berkata...

Baguslah kalau macam tu. Tapi pastikan Ketua Kampung ini betul betul sah sebelum membayar elaun mereka.

Unknown berkata...

Kajian semula perlu kepada kampung yang mempunyai ketua kampung yang lebih dari 3 orang. Sekiranya KK ramai tapi penduduk kampung hanya sedikit, maka tidak sesuai dengan elaun rm800 itu.

chimchim berkata...

Well,this is to minimize the risk of giving that amount of money in a wrong place.

onong berkata...

Kadang2 ada yang menyamar jadi JKKK jadi memang tidak hairan la RM800 itu hanya untuk yang sah.