HALAMAN SANTAI

Jumaat, 19 November 2010

Isu Yayasan Selangor tidak wajar dipolitikkan

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Dakwaan penyelewengan di Yayasan Selangor tidak sewajarnya dipolitikkan, sebaliknya dorongan perlu diberikan kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa dalam menyiasat kesahihan dakwaan itu.

Dalam pada itu, tindakan pantas kerajaan negeri mengawal penganjuran acara di semua anak syarikat juga wajar mendapat sokongan orang-ramai… langkah yang diambil bagi memastikan kontroversi yang sama tidak lagi berbangkit di masa hadapan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali melahirkan kegusaran pihak tertentu mensensasikan isu ini demi kepentingan tertentu.

“Saya nak ingatkan semua pihak, sekiranya ada berita-berita atau isu-isu sensasi yang sengaja dipolitikkan oleh mana-mana pihak, mereka harus mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber yang sahih sebelum ia dikupas, sama ada ia betul atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan acara sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dijadualkan pada 15 November lepas dibatalkan dan satu siasatan dijalankan bagi menyiasat dakwaan yang mengatakan acara itu menelan belanja sekitar RM300,000.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan tidak mahu menghadiri acara itu kerana dukacita setelah dimaklumkan mengenai perbelanjaan itu.

Namun tidak lama kemudian, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar pula mendakwa lebih RM800,000 telah dibelanjakan untuk menganjurkan majlis tersebut.

Pihak kerajaan negeri bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.

Tiada ulasan: