HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 November 2010

Karim: Sabah miskin sebab pemimpinnya kaya

MALAYSIA KINI


Bekas pengasas Umno Sabah, Datuk Karim Ghani mengakui kesahihan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) oleh Bank Dunia, bahawa Sabah dikategori sebagai negeri paling miskin di Malaysia, lapor TV Selangor.

Laporan berkenaan menyebut Sabah yang mewakili 10 peratus penduduk Malaysia mempunyai 40 peratus daripada rakyatnya dikategorikan sebagai miskin.

Sehubungan itu, Karim juga yang menyanggah kenyataan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sabah yang menafikan laporan MEM berkenaan.

Pemimpin yang pernah sama-sama berjuang bersama tokoh kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun itu berkata masalah wujud disebabkan perjanjian ketika pembentukkan Malaysia tidak ditunaikan.

"Sabah negeri kaya, yang miskin rakyatnya dan yang kaya juga pemimpinnya. Laporan Bank Dunia itu yang betul," katannya yang berhasrat menghidupkan semula Usno.

Berhubung tindakan EPU menyanggah laporan tersebut, Karim berkata ini kerana kerajaan BN sengaja tidak mahu mengakui rakyat Sabah miskin.

"Kenyataan yang asyik diulang-ulang oleh pemimpin Sabah, hujung tahun ini semua rakyat sudah keluar daripada kemiskinan.

"Sabah kaya...kita ada minyak, ada kayu balak, ada kelapa sawit tapi rakyatnya miskin disebabkan pentadbiran yang tidak betul.

"Yang dimajukan cuma bandar dengan bangunan yang mencakar langit tetapi di luar bandar, orang masih lagi merempat.

"Seperti di Batu Sapi, kalau kita tengok tempat orang Islam di sana, air mata saya pun menitis kerana merempat sedangkan Batu Sapi itu tempat Ketua Menteri, banyak dengan kayu balak dan kelapa sawit," katanya.

Dakwa Karim lagi, Umno-BN sengaja membiarkan rakyat Sabah di dalam keadaan daif supaya undi mereka senang dibeli setiap kali pilihan raya diadakan.

"Ini adalah soal kepimpinan, kalau pemimpin mentadbir dengan baik, apa parti pun baik tetapi sejak tahun 1985 keadaan rakyat Sabah bertambah buruk. Rata-rata pekerja di Sabah, berpendapatan kurang daripada RM 500 kecuali pegawai kerajaan dan para pimpinan atasan," katanya.

Beliau juga membidas projek mega seperti membina terminal lapangan terbang yang berharga RM 1.2 bilion yang dakwanya tidak memberikan manfaat kepada rakyat Sabah terutamanya yang tinggal di kampung-kampung yang langsung tidak pernah menjejak kaki ke terminal tersebut.

"Projek mega memang nampak indah tapi projek di kampung, apa yang ada.

"Buat jalan raya tapi tidak mendatangkan hasil kepada rakyat jadi macam mana hendak menambah pendapatan rakyat supaya dapat keluar daripada kemiskinan," katanya lagi.

39 ulasan:

Hamdan Hadillah berkata...

mungkin itu perkara biasa, siapa yang menjadi pemimpin pasti akan ada duit lebih?Semenanjung pun sama juga. Para pemimpin kebanyakkannya kaya raya. Jadi di Sabah pemimpin telah memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan mereka. Mereka kaya itu bukan masalah besar tapi yang masalah besar jika mereka tidak menjalankan tugas mereka. Utamakan rakyat terlebih dahulu. Rakyat juga diminta supaya berusaha lebih dan bukan hanya menunggu simpati dari kerajaan, jangan kita terlalu manja dengan dana kerajaan jika kerajaan tidak ada dari mana lagi rakyat mahu mendapat dana.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa peluang kerja banyak di mana-mana. Pembinaan terminal yang baru ini juga memberikan peluang kepada rakyat Sabah. Memang bukan mudah untuk menangani masalah kemiskinan di Sabah ini, kerana perkara ini berlaku sejak dulu lagi. Tapi kerajaan sekarang telah berusah untuk memberikan yang terbaik, jika kita lihat sendiri Sabah ini tidak juga miskin seperti mana yang dikatakan oleh Bank Dunia tersebut. Kita percaya Sabah pada masa akan datang akan menjadi negeri yang antara termaju di Malaysia.

Mohd Ishak berkata...

Saya ingin tahu daripada 40 peratus rakyat Sabah , berapa peratusan adalah warga Sabah tulen dan berapa peratusan adalah warga stateless/PATI?

Unknown berkata...

Bukan senang untuk membasmi kemiskinan dalam masa yang singkat. Apapun, kerajaan harus teruskan usaha mereka untuk menangani masalah kemiskinan sabah.

Hosie Masie berkata...

Mohd Ishak >> Betul itu, mereka tidak tahu adakah orang yang dimaksudkannya itu adalah orang tulen Sabah atau pun PATI di Sabah. mungkin rakyat Sabah tidaklah terlalu miskin sehingga tersenarai dengan kemiskinan, tapi jika PATI di Sabah saya emang setuju. Ramai PATI yang mendirikan rumah setinggan dan berkerja dengan gaji di bawah RM500. mungkin kajian Bank Dunia ini belum lengkap lagi untuk para pembaca.

Unknown berkata...

Penduduk Sabah juga perlu berusaha sendiri. jangan selalu bergantung dengan kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula dengan Karim??adakah Karim sendiri tergolong dengan pemimpin yang terkaya di Sabah? Mungkin Karim harus membantu kerajaan negeri untuk menangani masalah ini dan bukan asyik menyalahkan orang lain.

Unknown berkata...

Kemungkinan juga isu PATI adalah punca Sabah menjadi negeri yang termiskin. Diharapkan kerajaan mengusir PATI balik ke tempat asal mereka.

evan medhousky berkata...

mulalah datuk karim memainkan peranan setelah keluar dari umno.. kenapa datuk tidak perjuangkan isu ini semasa dalam umno? atau datuk karim juga sudah jadi kaya sepertimana dakwaan datuk karim??

Unknown berkata...

Setuju dengan komen Salmalina. Karim mempunyai peluangnya untuk membantu menangani masalah ini ketika dia masih ahli umno. Kenapa baru sekarang dia beria-ia menyalah orang lain apabila dia bukan lagi dalam umno-bn. Mungkinkah dia antara pemimpin yang kaya?

evan medhousky berkata...

datuk karim tidak perlu berniat menubuhkan semula usno jika tujuan penubuhan usno hanya untuk mengkayakan datuk dan kroni2 datuk. bersaralah dari politik. jangan hanya pandai tunjuk prihatin selepas keluar dari umno. hipokrit

tombolo berkata...

Bank Dunia kena mengkaji semula, penduduk Sabah tidaklah miskin sangat, cuma pembangunan masih kurang di Sabah.

evan medhousky berkata...

tidak semua rakyat Sabah miskin.. ada yang sederhana dan kaya.. tapi adakah semua yang dari kelompok sederhana dan kaya ini dibantu oleh kerajaan?? tidak, mereka juga bermula dari bawah atas inisiatif sendiri untuk memajukan diri. jadi fenomena kemiskinan di Sabah tidak boleh dikaitkan dengan politik kerana orang lain juga boleh keluar dari kepompong kemiskinan tanpa bantuan kerajaan.

Antanum berkata...

Ya betul tidak semua rakyat Sabah Miskin... kena ada usaha untuk mencapai kejayaan...

Tanpa Nama berkata...

Harap para pemimpin BN akan mengambil tindakan berhubung dakwaan Karim. Memang betul sesetengah rakyat di Sabah masih jauh ketinggalan.

Tanpa Nama berkata...

jangan hanya menyalahkan pihak lain, tapi berusaha sendiri juga untuk membantu yang kurang senang. titisan air mata tidak memadai.

Tanpa Nama berkata...

ya.. kita sebagai raayt sabah kena juga berusaha menaikkan taraf hidup kita. jgn biarkan diri kita dipandang rendah dan dilabelkan sebagai miskin.

Tanpa Nama berkata...

Setahu saya, pemimpin di Sabah tidak juga sekaya mana.

Ezef berkata...

I don't know about this. The only thing, I certain about is, most of our contributions gone nowhere.

Tanpa Nama berkata...

mana2 ahli politik pun kaya..tidak terkecuali juga si karim..

Tanpa Nama berkata...

laporan bank dunia itu pun bukan boleh dipercaya sangat..apakah subjek kajian mereka benar2 orang sabah tulen? kalau termasuk dengan PATI, pemegang IMM13 dsbg maka laporan kajian bank dunia itu tidak tepat..

Tanpa Nama berkata...

kerajaan telah menyediakan pelbagai cara untuk rakyat meningkatkan pendapatan mereka..terpulang kepada rakyat sama ada mahu atau tidak..yang pasti apa yang perlu sudah tersedia..

Tanpa Nama berkata...

mungkin dengan melaksanakan gaji minimum dan penyelarasan harga barangan boleh membantu meringankan beban golongan pekerja tapi bagaimana pula dengan mereka yang bekerja secara sara diri seperti petani? pertubuhan seperti PELADANG ditubuhkan bagi membantu golongan ini..tapi untu memastikan negara mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi harus ada formula yang boleh memberikan pendapatan sekata setiap bulan dan tahun kepada golongan ini..yang pasti, ianya bukan mudah..

Tanpa Nama berkata...

harus diketahui bahawa isu kemiskinan bukan isu di sabah atau malaysia sahaja bahkan seluruh dunia..di negara2 maju juga isu kemiskinan membebani rakyat..sebab kemiskinan bukan kerana pemimpin kaya tetapi dipengaruhi oleh banyak faktor..antaranya harga barang, kadar gaji minima, kestabilan politik dan macam2 lagi..oleh itu, pendapat Karim ini adalah hanya sebahagian kecil sahaja di mana dipolitikkan oleh beliau..

Tanpa Nama berkata...

kini kerajaan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat..harus kita ingat bahawa usaha ini tidak akan memberikan hasil dalam setahun dua tetapi memerlukan jangka masa yang panjang...saya percaya kerajaan ada pelan mereka sendiri untuk membasmi kemiskinan bukan sahaja di sabah bahkan seluruh negara..

Tanpa Nama berkata...

maka isu ini tidak harus dipolitikkan oleh mana2 individu atau kumpulan kerana kemiskinan adalah isu bersama..kalau benar kita hendak membasmi kemiskinan, berikan kerjasama kepada kerajaan..bukan dengan hanya melihat isu ini sebagai alat politik..itulah yang sering berlaku..tiada penyelesaian kerana isu2 seperti kemiskinan dan sbgnya dipolitikkan untuk kepentingan peribadi sehingga menyebabkan rakyat menderita..

Tanpa Nama berkata...

Tak dinafikan di Sabah masih ada yang miskin, tapi saya yakin org yg susah pun boleh maju asalkan ada usaha :)

Tanpa Nama berkata...

Soal rakyat miskin sebab pemimpin kaya tu no komelah. Itu terpulanglah pada penilaian masing2.

Tanpa Nama berkata...

Ya Kamal. Bukan senang nak basmi kemiskinan. Tetapi usaha berterusan harus ditingkatkan utk menanggani isu ni.

Tanpa Nama berkata...

Soalan yang tepat Salmalini. hehhehehe

Tanpa Nama berkata...

Semoga kadar kemiskinan di ASabah dapat dikurangkan segera :)

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan Saudara Mohd Ishak dan Saudara Kamal. Ada kemungkinan peratusan besar 'rakyat' miskin bukan rakyat Sabah tulen.

Tanpa Nama berkata...

Jika tidak mengambil kira PATI dan warga terapung, mungkin peratusan rakyat miskin Sabah tulen hanya sebahagian kecil sahaja.

onong berkata...

Setiap orang mempunyai pengamatan mereka sendiri. Saya fikir menaburkan najis ke atas orang lain bukanlah jalan penyelesaian untuk mengekang kadar kemiskinan di Sabah. Fikir secara matang.

Tanpa Nama berkata...

What the government need to do is to identify the main factors that caused poverty and target those areas.

dollie berkata...

Gimme some examples then.

onong berkata...

Daripada menyalahkan orang lain dengan kekayaan mereka masing2, apa kata kita renung2kan dulu pengorbanan kita sendiri untuk maju.

Tanpa Nama berkata...

membasmi kemiskinan merupakan pekara yang sukar. usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan adalah baik dan perlu diteruskan.

Tanpa Nama berkata...

Karim seharusnya membantu untuk memajukan Sabah dan bukan menyalahkan orang lain pula. semua pihak perlulah berusaha agar Sabah menjadi maju.