| Mohd Sabri Said |
| GEORGETOWN: Penduduk di daerah Kerian, Perak dan sebahagian Seberang Perai Selatan Pulau Pinang yang meliputi mukim Bagan Serai, Beriah, Gunung Semanggol, Selinsing, Parit Buntar dan Nibung Tebal mendesak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kerajaan Negeri Perak membatalkan segera projek ternakan ikan Arowana di Bukit Merah kerana mengganggu operasi penanaman padi terbesar di Perak.
Langkah itu juga wajar kerana ia menjejaskan matlamat utama bekalan air Tasek Merah iaitu untuk penanaman padi dan kegunaan harian penduduk di daerah tersebut.
Petani bertambah kecewa apabila semua aduan yang diberikan kepada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) semuanya bersikap lepas tangan seolah-olah menyokong ternakan ikan Arowana yang didakwa mempunyai pendapatan lumayan. "Penduduk kecewa dengan JPS yang tidak memperdulikan nasib petani yang sepatutnya mereka bela bukan membiarkan pengusaha mengambil air sepanjang masa lagipun kawasan itu kawasan pertanian dan sesuai untuk tanaman padi," terangnya marah. Sikap orang kampung juga tambahnya, begitu seronok memajak tanah kepada pengusaha dengan habuan tertentu menggembirakan pengusaha kerana mereka tidak payah bersusah menjawab sebaliknya memperkudakan orang kampung sendiri untuk berlawan hujah dan tindakan seandainya ada petani membantah.
“Adakah kerajaan mahu melihat kawasan tanaman padi terus musnah dengan kerja-kerja pengusaha tersebut yang entah datang dari mana untuk mengusaha ternakan berkenaan?
Bagi pengusaha sawah, Azman Nordin (kanan), ada juga pengusaha mendapat notis dari Pejabat Tanah Daerah Kerian kerana melanggar syarat tanah namun tidak diendahkah sebaliknya meneruskan kerja-kerja industri akuakultur seperti biasa. Bila sampai musim memulakan pembajakan sawah lazimnya berlaku bertengkaran antara pesawah dan pengusaha ataupun pesawah dengan JPS kerana air tidak dapat dialirkan dengan baik ke petak-petak sawah sebaliknya JPS menghadkan tiga hari sahaja dengan alasan mahu memberikan air ke kawasan lain pula. Padahal mereka mendengar arahan dari pengusaha yang senantiasa mahukan air 24 jam selama 360 hari dengan menafikan kepentingan kepada petani sedia ada. Sementara itu Presiden CAP, SM Mohamed Idris ketika sidang media di pejabatnya semalam menjelaskan, projek tersebut harus dibatalkan kerana ia tidak dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan sama ada kajian kesan kepada alam sekitar (EIA) perlu dilakukan atau tidak. CAP, katanya percaya dan merasa bimbang pembuangan sisa kolam ke dalam sistem saliran pertanian di daerah ini akan mencetuskan masalah alam sekitar serta pencemaran air yang serius pada masa akan datang. JPS juga didakwa gagal membanteras kegiaan mencuri air oleh pengusaha terbabit sehingga mendapati dari tarikh 15 Ogos hingga 28 Oktober 2010 menunjukan takungan air di Tasek Merah menurun sebanyak 0.2 kaki (2.4 inci) sehari. Air Tasek Merah bukan sahaja digunakan oleh lebih 10,000 pesawah melibatkan keluasan sawah 24 ribu hektar tetapi juga menjadi kegunaan harian 200 ribu penduduk setempat. |
HALAMAN SANTAI
Selasa, 23 November 2010
Penduduk desak projek Arowana dibatalkan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan