HALAMAN SANTAI

Isnin, 15 November 2010

"Sistem semua kaum untuk satu PKR telah gagal"

FREE MALAYSIA TODAY

6f3f7a5b621976517733766bba3eb440PETALING JAYA: Kemelut dan pergolakan PKR membuktikan sistem satu parti untuk semua kaum tidak boleh diamalkan di negara ini, kata Ketua Penerangan BN Selangor, Abdul Syukur Idrus.

"Mana mungkin satu parti untuk mewakili pelbagai kaum yang berjuang dengan kehendak dan kepentingan masing-masing.

"BN (Perikatan) pada awal penubuhannya telah mencubanya tetapi tidak berjaya. Ini yang berlaku kepada PKR, PKR mengulangi kegagalan itu," katanya.

Beliau mengulas kemelut besar yang berlaku dalam PKR sehingga mendorong calon Timbalan Presiden Datuk Zaid Ibrahim mengancam keluar parti. Beliau yang menyertai PKR tahun lalu telah meletakkan jawatan dalam parti.

Abdul Syukur berkata, sebaliknya sistem gabungan parti dalam satu payung merupakan yang terbaik.

"Maksudnya, parti berasaskan kaum lebih faham kehendak kaum mereka daripada parti dari kaum lain. Ini yang kita lakukan dalam BN," katanya.

Beliau juga mendakwa, kemelut PKR akan memudahkan BN merampas negeri -negeri yang diperintah pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

"InsyaAllah kita akan rampas kembali Selangor. Kemelut ini menyebabkan rakyat kembali kepada BN.

"PKR tengah caca merba. Rakyat boleh menilai apa yang kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat buat lebih dua tahun di negeri ini," katanya.

Bagaimanapun, Ketua Umno Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, perpecahan yang sedang berlaku dalam PKR mungkin hanya lakonan sahaja.

Menurutnya, walaupun mereka berpecah tetapi boleh bersatu semula.

"Tengok Mustafa Kamil (Ayub) kata sokong Zaid tetapi akhirnya tetap sokong Anwar Ibrahim (Datuk Seri. Mereka ni (PKR) pura-pura lebih," katanya.

Beliau berkata, PKR hanya kuat apabila BN lemah kerana parti itu mengambil kesempatan daripadanya.

Tiada ulasan: