HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 November 2010

Walaupun PKR bergolak, peluang BN di Selangor 50-50


khir interviewOleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Walaupun PKR yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri Selangor bergolak, peluang BN merampas negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang masih lagi 50-50.

"Nak ambil balik Selangor bergantung kepada BN menerangkan isu-isu yang sedang berlaku kepada rakyat negeri itu.

"Memang benar rakyat Selangor bercelaru dengan apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri tetapi kita tidak buat banyak untuk menerangkan kelemahan Pakatan Rakyat," kata bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Bagaimanpaun, Dr Khir menegaskan beliau tidak akan kembali menjadi menteri besar walaupun negeri itu dirampas BN dalam pilihanraya umum akan datang.

"Kalau ditawarkan sekalipun, saya tidak mahu. Saya tidak mengharapkan jawatan," tambahnya.

Dr Khir berkata, beliau bekerja kuat untuk merampas semula Selangor dari Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Dan bekas menteri besar itu menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan beberapa pemimpin lain di negeri itu.

"Saya tidak ada masalah dengan mereka," katanya merujuk kepada Datuk Seri Noh Omar; Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Ezam Mohd Noor.

Ketika diminta mengulas mengenai kemelut PKR, Dr Khir berkata, ia berlaku kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu orangnya sahaja yang menang.

Menurutnya, sebab itu pihak lain yang membuat aduan terhadap penyelewengan proses pemilihan tidak dilayan.

Tiada ulasan: