(NST menyiarkan kenyataan Rahim yang menuduh 'Nik Aziz bapak kafir')
| Muhammad Faizal, |
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh meminta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor tampil membuat kenyataan terbuka dan meminta akhbar The New Straits Times (NST) menarik balik kenyataan 'Nik Aziz bapak kafir'.
"Rahim juga perlu menyaman akhbar tersebut kerana telah memfitnah beliau sebagai individu yang mengeluarkan kenyataan biadap itu," jelasnya.
Nuridah bersama dengan Pemuda PAS berhimpun membantah laporan NST yang melaporkan kenyataan Rahim 'Nik Aziz bakap kafir'.
Beliau mengulas kenyataan Rahim sebelum ini yang menjelaskan beliau tidak berkata sebagaimana yang dilaporkan oleh NST.
Namun menurut sumber dalaman NST, Rahim dua kali mengeluarkan perkataan yang dilaporkan NST ketika bercakap dengan wartawan akhbar berkenaan.
Dalam pada itu seorang peserta demostrasi, Rosli Ahmad (gambar kiri) menyoalkan siapa sebenarnya di sebalik kenyataan tersebut.
"Bila keluarnya kenyataan biadap itu, banyak pihak menafikannya termasuk Rahim dan juga wartawan bahawa kenyataan tersebut bukannya dari mereka.
"Tetapi NST tetap bertegas bahawa berita itu adalah sahih, jadi saya mahu NST perjelaskan siapa sebenarnya dalang yang bersembunyi di sebaliknya," kata beliau.
Beliau menjelaskan perasaan marah terhadap NST dan juga kenyataan itu tidak akan hilang selagi NST tidak mengambil pendekatan menarik balik serta memohon maaf.
"NST tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian dan bila ianya tersiar semua pihak menafikan kenyataan tersebut bukan dikeluarkan oleh mereka.
"Jika tiada pihak yang ingin bertanggungjawab, kita medesak NST sebagai penyebar kenyataan tersebut perlu bertanggungjawab, kenyataan tersebut merupakan yang paling teruk dan jijik," kata Sharif.
Sebelum itu, himpunan yang yang diadakah di hadapan pintu masuk bangunan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) telah disertai hampir 100 pemuda dari Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM).
Mereka telah berarak dari Masjid Abu Bakar, Bangsar, selepas solat Jumaat sebelum berhimpun di hadapan bangunan tersebut
.
LAPORAN BERKAITAN
Pemuda PAS himpun depan NST desak minta maaf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan