MALAYSIA KINI
Menteri
Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menyerahkan lebih 94,000
borang kajiselidik daftar pengundi kepada tujuh DUN untuk menjalankan
proses mengenalpasti pengundi baru yang telah didaftarkan di kawasan
berkenaan.
Tujuh kawasan DUN itu adalah Pandamaran, Pelabuhan Klang, Sri Serdang, Kota Anggerik, Batu Tiga, Sri Muda dan Sri Andalas dan ia diterima oleh wakil masing-masing.
Khalid berkata program itu adalah kesinambungan dari 'Program Selangorku Bersih' yang telah dilancarkan kerajaan negeri untuk membersihkan daftar pengundi sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Borang Kaji Selidik Daftar Pengundi ini akan diserahkan kepada ADUN masing-masing yang kemudiannya diserahkan kepada ketua kampung untuk menjalankan tugas mengenal pasti pengundi baru yang berdaftar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, program tersebut telah memasuki fasa kedua yang mana fasa pertama telah dijalankan di DUN Batang Kali.
"Sebanyak 13,034 borang kaji selidik daftar pengundi telah dikeluarkan di Batang Kali pada 19 Mei lalu.
"Setakat Isnin lalu, sebanyak 1,116 borang telah dikembalikan," katanya yang juga ADUN Ijok.
Khalid berkata kerajaan negeri bertanggungjawab membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan senarai daftar pengundi di Selangor dibersihkan supaya pilihan raya umum diadakan secara adil dan bersih.
"Kita juga mahu membuktikan kepada SPR bahawa peningkatan luar biasa pengundi baharu di Selangor adalah disebabkan wujudnya nama-nama yang meragukan atau pengundi hantu," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan