MALAYSIA KINI
Ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak secara tidak langsung membiarkan tindakan ganas dilakukan
ke atas ceramah Pakatan dengan tidak mengutuk tindakan tersebut.Katanya, Najib secara tidak langsung membiarkan tindakan tersebut ketika apabila perdana menteri tidak membuat kenyataan supaya perkara seperti itu dihentikan.
Najib juga melepaskan tanggungjawabnya dengan bertindak demikian, kata Anwar lagi ketika ditemui pemberita di Klang petang ini.
Siri serangan yang mensasarkan ceramah Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi seperti yang berlaku di Gambang (Pahang), Merlimau (Melaka) dan terbaru di Lembah Pantai (Kuala Lumpur yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera.
Ditanya mengenai dakwaan Umno bahawa beliau yang mencetus pergaduhan di Lembah Pantai ketika ceramah pada Khamis malam itu, Anwar dengan sinis berkata mangsa dalam kejadian tersebut, seorang lelaki yang sudah berumur, mungkin cedera akibat perbuatan sendiri.
Malah ketika cermin keretanya dipecahkan, beliau juga memecahkannya sendiri, kata Anwar lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan