HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Mei 2012

‘Bersih 4.0′ tiada hala tuju, boleh cetus ketegangan kaum – Tian Chua

Oleh Mohd Martin Kahar


KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mempersoalkan matlamat sebenar perhimpunan ‘Bersih 4.0′ yang akan dianjurkan Majlis Bertindak Penjaja Kuala Lumpur (MBPKL) pada 23 Jun depan.



“Kalau mereka berhasrat memperjuangkan agenda rakyat, kita akan sokong perhimpunan ini.
“Tetapi kalau tiada hala tuju dan sekadar mewujudkan ketegangan kaum, himpunan itu tiada gunanya,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, perhimpunan tersebut berbeza dengan Himpunan Bersih 3.0 kerana ia memperjuangkan hak rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Bagaimanapun, beliau tetap mengalu-alukan hasrat kumpulan peniaga terbabit mengadakan perhimpunan kerana ia adalah hak setiap rakyat Malaysia.

Khamis lalu, sekumpulan peniaga itu gagal membuka gerai di depan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga selepas dihalang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis.

Susulan itu, mereka berhasrat mengadakan demonstrasi di Bukit Jalil pada Jun ini kononnya bagi menampung kerugian akibat perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Tiada ulasan: