KELAB GREENBOC
Legenda rock Amy Search sertai Umno
Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara......
Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini....
Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.
"Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulamak. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya.
Sementara itu, Mus, 44, berkata beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.
"Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia,"katanya.
Bagi Ibnor Riza, 51, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.
Borang mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang.
Ab Rauf berkata Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta Umno.
"Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno," katanya.
Kini terdapat 43 anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah. -Bernama
Ulasan GB
Amy Search masuk UMNO?
Tidak memeranjatkan. Malah PAS gembira apabila Amy memilih UMNO kerana ia tidak lagi "mengelirukan" ahli-ahli PAS yang sedia ada kerana sebelum ini dilaporkan Amy Search pernah menemui TG Nik Aziz.
Artis atau selebriti yang menyertai PAS adalah mereka yang telah "berhijrah", yang telah berubah dan yang telah bertukar dari mereka yang sekian lama tenggelam dalam kefasikan dan kemungkaran, bukan mereka yang masih terus bergelumang di dalam dunia kemaksiatan dan dunia kelalaian. Amy bukan dari kalangan mereka itu.
GB amat memahami keadaan Amy Search: bahawa beliau belum boleh mampu untuk meninggalkan dunia hiburan, (tidak seperti mereka yang telah berhijrah), masih belum ada kekuatan jiwa untuk meninggalkan pentas hiburan untuk melalaikan para pemuda dan remaja.
Jadi sekalipun pernah bertemu Mursyidul Am PAS, ia tidak bermakna beliau sudah berubah. Eh si munafik Abdullah Ubai juga pernah bertemu Rasulullah saw di Mekah dahulu, jadi apa ada hairan jika ada pertemuan Amy Search dengan TG Nik Aziz? Malah lebih dasyat daripada itu pernah berlaku, di mana ada seorang dari Pasir Mas pernah menipu Mursyidul Am PAS untuk menjadi wakil rakyat tetapi kemudian menikam semula TG Nik Aziz!
Justeru, kemasukan Amy Search ke dalam UMNO adalah Wal Hasil Balik Asal. Jiwanya lebih sesuai dengan UMNO, tak sesuai dengan PAS. UMNO menatang subur untuk mereka yang masih dengan dunia lagha, dunia maksiat dan dunia kemungkaran. Sambutan hari belia baru-baru ini mensahihkannya.
Kemasukan Amy ke dalam UMNO berarti Allah belum dapat menerimanya untuk berada di dalam jemaah orang yang terpilih, jemaah orang yang menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran (amal makruf wa nahi mungkar).
Kemasukan Amy ke dalam UMNO adalah ibarat sireh pulang ke ganggang. Dia sesuai di situ. Bukankah Tun Mahathir pernah mengakui bahawa dah berpuluh tahun, mereka yang cerdikpandai memilih PAS, UMNO hanya dipenuhi lembu-lembu...
Yang pandai-pandai yang baik-baik memilih PAS, yang bodoh-bodoh dan yang jahat-jahat pilih UMNO. Itu sebab sekarang ini ramai samseng dalam UMNO. Tunjuk punggung tunjuk bontot kepada tetamu. Bukankah itu budaya sang lembu? Sekarang ini di mana, samseng UMNO baling telur baling batu. Mencarut sudah lagi bukan perkara baru.
Petikan ulasan GB dahulu:
Beliau mungkin dah fed-up dalam UMNO dah tak ada orang yang pandai-pandai. Bererti TDM akui fakta bahawa UMNO kini dianggotai oleh kebanyakannya ahli yang bangang-bangang dan bebal-bebal yang sinonim dengan perkataan bodoh. Di dalam pepatah Melayu ada binatang yang dikaitkan dengan "bodoh" iaitu si lembu - bodoh macam lembu.
Bermakna, TDM mengakui yang di dalam UMNO kini terlalu banyak lembu-lembu dan mahu kandang UMNO dibuka supaya lebih ramai golongan profesyenal dan cerdik pandai menyertainya.
Hidayah, bukan milik kita dan kita tak mampu untuk memberikannya kepada sesiapa sekalipun terhadap orang yang paling kita sayang:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan