HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Mei 2012

Penuntut UiTM Khalid tangguh pengajian

Jamilah Hamzah

Pelajar UiTM: Lelaki tendang polis bukan saya
 
Khalid Ismath (dua dari kanan) 
 
 
SHAH ALAM - Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Ismath yang ditahan dan disoal siasat berhubung isu yang ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0, telah menangguhkan pengajian selama satu semester bermula 7 Mei lalu.

Beliau merupakan penuntut semester kedua jurusan undang-undang UiTM.

Khalid yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, beliau menangguhkan pengajian bagi menenangkan emosi ekoran beberapa insiden yang menjejaskan fikirannya.

Khalid telah ditahan polis berhubung dakwaan mesej berbaur ugutan bunuh terhadap polis dan disyak berkelakuan kasar terhadap anggota polis pada perhimpunan Bersih 3.0 lalu.

"Keadaan ini agak mengganggu emosi apabila orang di sekeliling menghukum dengan pelbagai hinaan dan ada juga kumpulan-kumpulan yang cuba bertindak kasar terhadap saya.

"Saya ambil keputusan untuk tangguhkan pengajian sebagai langkah tenangkan diri selepas apa yang jadi berlaku terhadap saya sebelum ini," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Sehubungan itu beliau berharap masyarakat lebih pandai menilai dan tidak menjatuhkan hukuman sesuka hati kepadanya.

Dalam pada itu, Khalid juga berkata beliau akan teruskan perjuangan menuntut  pengajian percuma di Malaysia dan sedang merancang beberapa program bersama Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Tiada ulasan: