PKR Lembah Pantai menolak dakwaan bahawa orang luar 'diimport' menghadiri ceramah sehingga timbul kekecohan pada 21 Mei lalu.
Ini kerana ceramah PKR sentiasa dihadiri ramai pendengar, baik dari kawasan setempat atau dari kawasan berdekatan, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lembah Pantai, Abdullah Izhar Mohd Yusof.
"Mana-mana penyokong, pendesak pembaharuan akan hadir ke ceramah PKR yang memang sentiasa mendapat sambutan ramai. Jadi tidak timbul isu 'import orang luar' untuk timbulkan kekecohan," kata Izhar.
Menurut Izhar lagi, PKR juga tidak bertindak menangkap mana-mana individu yang disyaki membaling telur dan objek keras ke arah tempat ceramah mereka berlangsung kerana tidak mahu melanjutkan provokasi yang berlaku pada malam itu.
"Kami tak mahu buat provokasi melampau. Kami mahu program ceramah pada malam itu berjaya. Kami tak mahu ada gangguan dari pihak berkuasa," katanya.
Beliau juga mengakui bahawa terdapat Pemuda Umno dari kawasan itu yang duduk di celah-celah hadirin ceramah PKR sewaktu ceramah berlangsung.
Menurutnya, itu menjelaskan sebab terdapat pemuda berbaju-T Umno di dalam rakaman video yang membantu warga emas yang dibaling batu.
"Memang ada mereka berbaju-T Umno turut sama mendengar ceramah PKR pada malam itu," katanya.
Beliau mengulas Ketua Umno Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mendakwa insiden penyokong PKR berdarah di kepala dibaling batu berpunca kerana PKR membawa 'orang luar' masuk ke tempat ceramah itu.
Mangsa yang berdarah di kepala akibat dibaling batu, Raja Ismail Raja Din juga menafikan yang beliau adalah 'orang luar' seperti didakwa Raja Nong Chik.
Ini kerana walaupun keahliannya dalam PKR didaftarkan di Petaling Jaya Selatan, beliau sebenarnya menetap di Taman Medan yang terletak bersebelahan kawasan Lembah Pantai.
Ahli PKR selama hampir 15 tahun itu juga memberitahu yang beliau sentiasa menghadiri ceramah PKR di mana-mana kawasan berdekatan.
"Kalau ada di Wangsa Maju pun saya pergi," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan