Khalid Samad yakin Majlis Fatwa tidak akan menggugurkan penggunaannya dalam PAS.
PETALING JAYA: Pemimpin PAS Selangor, Khalid Samad mendakwa usaha untuk menggugurkan nama Islam dari PAS seolah-olah mahu memberi gambaran parti itu tidak memperjuangkan Islam.
Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor itu menegaskan PAS boleh menggunakan Islam kerana ia memperjuangkan Islam seperti dalam perlembagaan parti.
Beliau menambah, nama Islam bagi PAS ia bukan sekadar nama tetapi dari segi matlamat dan perlembagaan PAS, Islam ingin dilaksanakan dalam perjuangan politik.
Ahli Parlimen Shah Alam itu yakin usaha pihak tertentu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa supaya PAS menggugurkan nama Islam pada parti itu.
“Saya difahamkan pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad pernah ada usaha supaya menggugurkan nama Islam dari PAS tetapi Majlis Fatwa menolaknya.
“Jika kena gugur nama Islam pada PAS, kena gugur juga nama Islam.Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kena gugur Islam kerana UIA bukan maksum,” katanya.
Khalid sebaliknya mencadangkan Umno menukar namanya kepada satu nama yang mencerminkan ia mahu mengikut Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan