Peguam Surendran, yang dijangka menjadi calon PKR dalam pilihan
raya umum akan datang, akan menemani Rafizi (kiri) dalam pertemuan dengan pegawai penyiasat Bank Negara petang ini.
Surendran menganggap tindakan itu sebagai bermotifkan politik dan satu percubaan untuk menutup mulut mereka yang melaksanakan kewajipan mendedahkan skandal yang melibatkan pembaziran dana awam.
"Sudah pun bermula pendakwaan jenayah terhadap orang yang terlibat dalam pembaziran dana awam ini berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh Rafizi Ramli," kata Surendran.
Oleh itu, katanya, beliau mendapati pelik logik di sebalik tindakan Bank Negara memangil Rafizi dan mendakwa ia satu ugutan kepada pemberi maklumat lain yang mempunyai maklumat mengenai amalan rasuah di peringkat tertinggi.
Hukuman bagi kesalahan di bawah Akta tersebut boleh melibatkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda tidak melebihi RM3 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan