HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Mei 2012

Panel SPRM mahu kes Azmin dibuka semula

JAMILAH HAMZAH

Panel SPRM mahu kes Azmin dibuka semula
 
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali 
 
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta membuka semula kes membabitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali susulan dakwaan laporan portal Malaysia Today, kendalian Raja Petra Raja Kamaruddin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengarahkan agensi itu agar kes rasuah jutaan ringgit beliau ditutup.

Arahan itu dikatakan diberikan 17 tahun yang lalu ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ketika itu agensi tersebut dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Arahan supaya kes tersebut diteliti semula dikeluarkan oleh Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM hari ini.

Pengerusi IPO, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, untuk melakukan siasatan semula kes Azmin, ia memerlukan bukti yang kukuh kerana maklumat sebelum ini masih tidak lengkap.

Semalam, Azmin berkata, beliau telah memberi kerjasama kepada BPR dan siasatan telah dijalankan terhadapnya ketika itu.

"Tuduhan Raja Petra ini memang sesuatu yang jahat dan tidak berasas.

"Saya rasa beliau sudah hilang pertimbangan dan mempunyai agenda tertentu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Azmin juga berkata, sekiranya beliau dipanggil untuk disiasat semula itu, terpulang pada pihak berwajib.
Akta 1961 pada masa itu, bersesuaian dengan kes Azmin pada tahun 1995, namun untuk dibuka semula kes ini, mereka (SPRM) memerlukan bukti yang sahih dan kukuh.

"Dalam akta lama itu juga tak mengatakan Azmin melakukan rasuah walaupun Badan Pencegah Rasuah sebelum ini nyatakan beliau memilik harta tersebut," kata Hadenan.

Hadenan turut menjelaskan bahawa siasatan yang akan dibuat terhadap Azmin adalah di bawah kertas siasatan tahun 1999 setelah bukti yang lengkap diperolehi.

"Pada tahun 1999 kes Azmin telah dibuka semula kerana ada maklumat baru diberikan kepada SPRM.
"Namun pada masa itu, maklumat yang diberikan tak lengkap dan perlu ditambah," kata Hadenan lagi.

Laporan portal itu adalah sebahagian daripada siri pendedahan dibuat oleh pihak yang berkenalan dengan Azmin sejak kebelakangan ini.

Pendedahan yang sama pernah dibuat oleh bekas pemimpin-pemimpin PKR terhadap Azmin dan Anwar.

Awal bulan ini, rakaman video seks, didakwa Azmin, didedahkan oleh beberapa portal. Azmin menafikan perkara itu dan mengambil tindakan ke atas sebuah akhbar harian.

Laporan media memetik portal Raja Petra berkata, Anwar mengarahkan kes rasuah jutaan ringgit membabitkan Azmin ditutup ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Raja Petra mendakwa Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika itu bil tindakan lanjut (NFA) ke atas Azmin dan menghapuskan fail siasatan walaupun mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwanya.

Malah menurut Raja Petra, maklumat itu diperoleh daripada seorang bekas pegawai kanan BPR yang menyerahkan dokumen sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi itu di London bulan lalu.

Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen berkenaan, BPR mempunyai bukti jelas Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.

Semua urus niaga yang disah dan diperakui bank adalah antara beratus-ratus fail dokumen yang diserahkan pegawai SPRM itu selain laporan polis dan siasatan, penyata akaun dan bank, salinan cek, baucer dan nota kontrak.

“Saya mesti nyatakan bahawa kandungan fail yang tebal itu mengambil masa cukup lama untuk dibaca dan difahami, bukan saja sangat menarik tetapi memberi kesan yang sangat buruk kepada Anwar dan Azmin," kata Raja Petra dalam portalnya.

“Dalam fail itu juga menyatakan Azmin menerima RM15,000 sebulan daripada seorang ahli perniagaan terkemuka bergelar Tan Sri dan perkara itu masih berlaku.

“Paling penting adalah bagaimana Anwar meminta kes itu ditutup sedangkan BPR mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwa Azmin,” kata  Raja Petra.

Hadenan juga berkata, siasatan terhadap Azmin akan mengambil masa lama selain cabaran menentukan apakah seksyen yang bersesuaian untuk disiasat pada masa kini kerana terdapat perbezaan peruntukan undang-undang.

"Pada ketika ini adalah salah bagi penjawat awam yang memiliki aset melebihi pendapatan dan diragui punca hasilnya mengikut Seksyen 36 Akta Pencegahan Rasuah 2009," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata kes itu berlaku pada 1995 dan pada ketika itu undang-undang terpakai adalah mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1961 yang tidak mempunyai peruntukan undang-undang sekarang.

Malah menruut beliau, mengikut undang-undang 1961, kesalahan seperti itu hanya memperuntukkan tindakan tatatertib oleh jabatan.

Hadenan berkata, bagaimanapun panel penilaian mendapati adalah wajar satu siasatan dijalankan bagi memastikan kebenaran dalam dakwaan itu.

Beliau juga berkata, SPRM juga akan memanggil bekas Ketua Pengarah BPR, Shafee Yahaya manakala pegawai penyiasat kes tersebut telah meninggal dunia.

Tiada ulasan: