HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Mei 2012

Shafie: Biarlah RCI siasat isu imigran Sabah

S Pathmawathy


 
Naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata dakwaan berhubung usaha memberi kerakyatan kepada warga asing di Sabah untuk membolehkan golongan itu mengundi perlu disiasat oleh Suruhanjaya Diraja (RCI).

MP Semporna itu berkata, satu mekanisme kawalan diperlukan untuk membendung masalah itu.

"Biarlah mereka (RCI) siasat. Ianya (kuasa) perdana menteri untuk buat pengumuman," tegasnya ketika ditanya mengenai usaha berkenaan yang masing belum dijalankan hingga kini.

Pusat kajian bebas Merdeka Centre minggu lalu mendedahkan bahawa 79 peratus daripada 1,019 responden menyokong untuk mengadakan siasatan tersebut.

"Jika RCI baik untuk negara, kenapa tidak? Tiada sesiapa pun di mana-mana negara yang mahu warga asing di negara mereka," katanya yang turut membangkitkan isu lanun di kawasan yang diwakilinya.

Usaha untuk mengadakan siasatan tersebut diluluskan kabinet pada Februari namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih belum membuat pengumuman rasmi mengenainya.

Tiada ulasan: