HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Mei 2012

Kerajaan bohong, FGVH bukan milik peneroka walau beli saham – Rafizi

Oleh Aedi Asri


KUALA LUMPUR : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kerajaan BN berbohong apabila mendakwa FGVH akan menjadi milik peneroka jika mereka membeli saham yang diperuntukkan.



Berucap di Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal 2012 di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor, Rafizi berkata, hak membuat keputusan sebaliknya terletak di tangan ahli lembaga pengarah kerana jumlah saham yang diperuntukkan kepada peneroka hanyalah 2.5 peratus sahaja.

“Bayangkan, peneroka hanya memiliki 2.5 peratus saham daripada tanah seluas 840,000 ekar yang dicagar untuk penyenaraian.

“Malah akan berkurang apabila peneroka terpaksa menjual saham mereka untuk membayar pinjaman bank. Lama-kelamaan tiada apa lagi yang tinggal,” jelasnya.

Baki saham, katanya lagi, diperuntukkan kepada bank, KWSP dan institusi kerajaan sebanyak 40 peratus, syarikat asing sekitar 20 peratus dan penjualan melalui ‘pink form’ (17 peratus).

“Yang paling menyedihkan ialah 17 peratus ini akan diberi kepada keluarga dan kroni Umno BN, dan mereka akan makan untung ‘atas angin’ sahaja,” katanya kepada kira-kira 400 hadirin di konvensyen bertema ‘Bersama Memacu Perubahan’.

Beliau menegaskan, kerajaan sepatutnya membahagikan semua RM5.6 bilion hasil dana yang diterima selepas penyenaraian.

“Kerajaan hanya gunakan kira-kira RM1.6 billion untuk agihkan RM15,000 kepada setiap keluarga.

“Itu yang diumum sebagai ‘durian runtuh’. Tetapi, (baki) RM4 bilion tidak disebut. Ke mana perginya wang ini?” soalnya lagi.

Tiada ulasan: