HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Mei 2012

Tunku Aziz: Bukan Melayu boleh jadi PM jika Islam

Nurul Aini Mohamed Ali

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
 
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
 
 
PETALING JAYA - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan pendiriannya bahawa Perdana Menteri negara ini seharusnya beragama Islam tidak mengira kaum.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyuarakan pendirian beliau untuk melihat seorang calon bukan Melayu jika pembangkang mendapat mandat memerintah negara.

Pendiriannya seiring dengan pandangan dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Mana-mana kaum di Malaysia boleh menjadi Perdana Menteri, asalkan beragama Islam. India Muslim, Cina Muslim sekalipun boleh memerintah, yang penting agama mesti Islam,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Karpal baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, DAP dan Pakatan Rakyat (PR) membalas kenyataan ini mengatakan yang pihak mereka masih berpegang teguh dengan pendirian bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri jika PR berjaya menaklusi Putrajaya kelak.

Tiada ulasan: