MALAYSIA KINI
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mempersoalkan langkah Bank Negara untuk memanggilnya berhubung dakwaan melakukan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
Rafizi, yang telah menerima notis tersebut di bawah Seksyen 87 (1) (a) akta berkenaan, bertanya mengapa bank pusat itu tidak mengambil tindakan terhadap pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan keluarganya yang didakwanya "secara terbuka" memindahkan dana secara "tidak sah" kepada syarikat-syarikat milik keluarga beliau di Singapura dan Kazakhstan.
"Perkara ini diakui oleh mereka dan bukankah ini perlu disiasat juga oleh Bank Negara di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (Anti Money Laundering Act)?" soalnya.
Rafizi dipanggil untuk hadir memberi kenyataan jam 2.30 petang ii di Bank Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan